Sunday, May 1, 2011

Menggali Harta Karun ...

Seorang ayah yang sedang nazak berwasiat kepada anak-anaknya: " Jika ayah meninggal, kamu bertiga bersihkanlah tanah hutan milik kita di belakang rumah ini. Carilah di dalamnya harta

karun yang selama ini ayah simpan untuk kamu."

Sepontan anak yang sulung bertanya : " Bolehkah ayah beritahu secara tepat lokasi harta karunitu?

Si ayah hanya menggeleng-gelengkan kepala.

"Bang, tak payahlah kita paksa ayah. Ayah kan tenat...." kata anak bongsu.

"Eh kau ni! Bukan senang nak bersihkan kawasan seluas itu, Kalau ayah dapat beritahu tempatnya kan lebih senang?" sampuk anak kedua..

Tidak lama kemudian ayah mereka meninggal dunia :(

Kemudian anak sulung dan anak kedua tanpa berlengah terus menebas kawasan hutan dan menggali tempat-tempat yang mereka rasa harta karun itu berada. Setelah beberapa lama menebas dan menggali, harta karun masih tidak ditemui.

"Ah, mana ada harta? Agaknya ayah bercakap dalam keadaan buang tabiat ke..." kata anak sulung.

"Mungkin ayah dah tak berapa waras lagi ketika beri wasiat kepada kita."Mendengar kata-kata tidak sopan abang-abangnya, si adik bongsu berkata, "Kita kenal ayah . Kata-kata ayah selalu benar. Tidak ada sebab ayah hendak menipu kita."

"Baiklah kalau kau percaya sangat, kau seorang sahajalah yang tebas hutan dan teruskan menggali," ujar abangnya.

"Si adik bongsu menyambung kerja menebus dan menggali tanah itu. Tidak lama kemudian, seluru hutan itu menjadi terang dan gembur."Macam mana, ada harta karun?" tanya abang-abangnya mengejek. Namun si adik bongsu tetap yakin bahawa ayahnya bercakapa benar dan tidak mungkin ayahnya berbohong. Namun apakah hakikat sebenar yang dimaksudkan ayah?

Lama-kelamaan, si anak sulung dan anak kedua pergi meninggalkan kampung untuk mencari penghidupan di ko

ta. Mereka kecewa kerana megharap harta karun yang tidak ada. Tanah itu mereka serahkan sepenuhnya kepada adik bongsu mereka. Melihat tanah kosong yang telah diterangi itu, timbul idea dalam benak si anak bongsu untuk bercucuk tanam.

Dia mulai dengan menanam jagung, kacang, sayur-sayuran, yakni yang cepat

mendatangkan hasil.Hasil tanamannya dijual dan mendapat sedikit keuntungan.Setelah mengumpul agak banyak modal,tanah itu mendapat sedikit keuntungan.

Beberapa waktu kemudian ladang buah-buahan dan sayur-sayurannya mengeluarkan hasil yang agak lum

ayan. Di samping menjadi pengeluar sayur, kacang dan jagung, dia kini menjadi pengeluar buah-buahan yang agk besar. Dalam beberapa tahun dia menjadi pengusaha maju

dankaya.Kini,barulah dia faham apa yang dimaksudkan oleh ayahnya mengenai harta karun yang terpendam di kawasan hutn di belakang rumah mereka. Ayahnya tahu rahsia kerajinan,ketabahan,dan sikap tidak putus asa dalam beru

saha. Itulah "harta karun* yang dimaksudkan ayahnya dulu.











3 siblings* gambar hiasan*



Pengajaran

Tiada jalan pintas untuk mendapat kejayaan. Semuanya perlu usaha, kerajinan, ketabahan, kesabaran dan ketekunan serta sifat tidak putus asa.

Surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud :

Dan katakanlah wahai Muhammad “ Hendaklah kamu semua be

rusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .”


(: من جد وجد, ومن زرع حصد: siapa berusaha dia berjaya, siapa menuai dia akan dapat hasilnya :)


Majalah Solusi Isu No.30














1 comment:

Adie Achim/ Papa said...

Suka baca blog nie.. follow!