Wednesday, March 21, 2012

BERI MEREKA PELUANG BERMAIN !!

Semalam, saya membaca blog Us Hasrizal dan Dr. Muna . Tentang anak2 perlu bermain.

Boleh baca di sini : http://saifulislam.com/?p=11037

Sebenarnya dalam mereka bermain , mereka telah pun membentuk kreativiti dan berfikiran lebih kritis. Bagaimana tu ?
Jika permainan ada unsur persaingan, macam2 cara dan idealah yang akan keluar untuk menang. Belajar sambil bermain. saya suka !!

Saya menjaga peperiksaan di sekolah saya, kelas 4 Daud. Ada yang awal siapnya , ada yang masih siapkan kertas ujiannya. Tapi , saya perhatikan , yang sudah siap awal ini pandai mereka gunakan alatan tulis merka untuk jadi permainan sementara tunggu masa habis. Ada yang guna pembaris + pensel picit = kapal terbang. Ada yang ikat benang tali / benang di pensel mereka dan bermain dengan gembiranya. Haa ! kan kreatif tu.

Saya lebih suka jika anak2 yang dah habis menjawab ni , boleh keluar dari kelas. Ada banyak lagi yang mereka boleh buat. Apapun, tunggu juga hingga masa habis. Ada yang suruh kutip kertas awallah dan nak pergi rehat awallah .. Macam2 ada !

~ Ya Allah , kurniakanlah yang terbaik untuk kami, di dunia dan akhirat.~

No comments: