Friday, March 23, 2012

GURU GANTI : SAYA SUDAH TAMAT TEMPOH.



( Sebahagian pelajar kelas 5 Isa )


Hari ini Jumaat, jatuh pada tarikh 23.3.2012. Hari terakhir saya gantikan Mh. Rozana. Maka, minggu depan saya tidak akan mengajar lagi kelas2 4 Daud, 4 Sulaiman, 5 Isa, 5 Yunus, 5 Zakaria , 5 Yahya . Namun , yang paling saya terasa kehilangan di hati adalah 5 Isa. Kenapa ya ?

Pertamanya, kerana saya masuk ke kelas ini 4 kali dalam seminggu. Jadi sudah pasti saya berjumpa mereka lebih kerap berbanding pelajar2 lain. Walaupun kelas 4 Daud saya masuk setiap hari, sikap pelajar 5 Isa yang lebih matang dan mesra dengan saya.

Yang kedua, telatah pelajar2 kelas ini yang menceriakan diri dan santai sikap mereka. Memang ada yang menuntut kesabaran, ada yang perlu, diberi perhatian lebih , ada yang banyak main, ada yang lucu, yang itu dan yang ini.

Yang ketiga, saya bercerita sikit.
Kisah yang saya dengar di bilik guru. Ada guru 5 Isa berkongsi cerita pada muallimah lain geramnya pada pelajar2 lelaki 5 Isa. Semua katanya tak boleh diharap, banyak main dan macam2 lagi. Ketua kelas, si Uqashah pun mungkin sebab dia baik sikit berbanding yang lain. Semasa dengar, saya sedih. Terbayang wajah2 yang disebutkan. Dan mh. katakan pada pelajar kelasnya yang saya tak mahu jadi guru ******* kamu pun. Pada pandangan saya, mungkin mh terlalu geram dengan sikap2 nakal mereka ini. Mana tidaknya ! Saya dengar cerita pelajar2 ini telah memecahkan tingkap di kelas belakang yang sudah tidak digunakan. Semestinya memang geram ! Memang dari intonasi suara mh. menunjukkan perasaan mh. pada pelajar2 lelaki 5 Isa ini. Namun, andainya diselak dan didorong dengan pujian Teknik Nabi Muhammad, saya yakin perasaan marah takkan begitu meluap-luap. Saya tetap menghormati Mh saya ini. Ketika saya bersekolah rendah di sini, Mh telahpun ada . Jadi saya hormatinya sebagai guru saya.( kerana itu saya gunakan perkataan Mh, bukan dia ).

Itulah antara sebab saya sayang pelajar2 5 Isa ini.
Saya belum beritahu mereka , yang saya tidak akan mengajar mereka lagi minggu depan. Namun begitu, guru besar minta saya hadir juga ke sekolah untuk membantu di kelas pemulihan Bahasa Inggeris, dan juga bagi menggantikan kelas jika ada guru yang tidak hadir (sebagai persediaan).

Jadinya sudah pasti saya akan berjumpa dengan pelajar2 saya, dan saya yakin akan terbit soalan ,
"muallimah! kenapa Mh tak ajar kami dah ".

Jawapan dari saya kena tunggu minggu depan la.hehe :)

Nanti saya nak bagitahu mereka ,
' kalau ingat pada Mh, doakan Mh. Pasti Mh juga tak lupa pada kamu ' .

Ya Allah, kurniakanlah yang terbaik untuk kami di dunia dan akhirat . Amin ,
dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W Ya Allah .

No comments: