Friday, March 23, 2012

IMPAK MENGGUNAKAN TEKNIK EKSPRESI MUKA

Hari Jumaat, lebih banyak kelas yang saya perlu masuk berbanding hari-hari lain. Maknanya hari ini, saya telah menjaga 4 kelas peperiksaan iaitu, 4 Daud, 5 Yunus, 5 Zakaria dan 5 Isa.

Bagi murid-murid yang telah habis menjawab soalan Ujian, sudah pasti bertandang rasa bosan dan ingin melakukan sesuatu. Selalunya, yang menjadi pilihan mereka adalah bersembang dengan rakan sebelah yang juga sudah habis menjawab soalan.

Saya memilih mencuba gunakan teknik Ekspresi Muka ini setelah umi saya yang menyuruh saya berbuat begitu. Ini berikutan kejadian yang saya alami di kelas 3 Ayub semalam. Umi menyuruh saya membuat mimik muka marah atau masam, yang bermaksud kita tidak suka dan senang dengan perbuatan seseorang. Terima kasih Umi. :)

Saya aplikasikan teknik ini di kelas 5 Isa. Saya ingat saya memandang dan merenung Muzakkir, Haziq, Amin,Faisal, Afiq, Kamil, Muna, Mizan, Aisyah, K.cik, Balqis. Boleh dikatakan hampir keseluruhan kelas juga.

Muzakkir rajin bersembang dengan Haziq, Hadif dan kadang Uqashah yang berada di sekitarnya. Bukanlah bermakna Muzakkir saja seperti bersalah, tetapi murid2 berdekatan dengannya juga beri kerjasama yang baik. ( main + sembang ). Tanpa lengah saya merenung muka seorang demi seorang. Boleh dikatakan seminit jugalah setiap seorang. Dari Muzakkir dan kemudian Haziq ( dia duduk di belakang Muzakkir ). Dari reaksi mereka pada renungan saya, mereka terkesan . Muzakkir jadi malu2 dan perlahan2 pusing ke hadapan. Iqbal pula setelah saya merenungnya dengan waktu yang lama,cuba sembunyikan mukanya dari saya. Main cak..cik..cak dengan saya., kemudiannya sengih-sengih. Malu mungkin.

Giliran sahabat baik Amin, Faisal dan Afiq pula , yang duduk di hadapan saya. Mereka berbalas- balas surat, di mana saya yakin isi surat itu bukanlah perbincangan jawapan. Namun lebih pada perbualan. Saya renung Amin, dia jadi malu. Dia mula berhenti pandang kanan, dan beralih ke hadapan.

Kemudian Afiq pula, pandang dia kemudian dia tersengih2 senyum dan letak kepala atas meja. Faisal juga begitu. Namun , tak lama pun. Akhirnya saya berkata pada Amin , " kamu nak simpan atau muallimah ambil ?." Kesannya mereka sembunyi2 juga pastkan surat itu. Saya buat2 tak nampak perbuatan mereka, dengan membaca buku novel remaja yang saya memang bawa sementara menunggu masa habis. Iaitu buku GTO : Guru Terhebat Olan. Dan saya perasan mereka sudah tidak past surat lagi , tapi menukar pada permainan yang lebih menarik ! Membaling kertas ke dalam bakul sampah, lebih kurang seperti bola jaring , tetapi kali ini jaringnya dalam tong sampah. Saya biarkan mereka . Saya berfikir, andai guru2 lain mungkin sudah dimarahnya pelajar2 ini. Namun, kerana memang niat saya begitu. Isi masa lapang dengan benda baik. Melatih menjadi orang yang cekap mungkin !!

Untuk pengetahuan, pelajar 5 Isa ini kebanyakannya bermain dengan tali berwarna ungu. Dan saya percaya ia dibawa oleh Amin berdasarkan gulungan tali yang ada dibawah mejanya.

Itulah yang K.cik , Balqis dan Aisyah main. Ikat kertas atau bantal kecil busuk (K.cik), kemudian buat gaya balingan seperti seorang koboi hendak menangkap lembunya. Mereka.ini berhajat nak past tali mereka pada kawan mereka. K.cik bermain seorang diri, manakala Aisyah bersama Balqis. Saya renung Aisyah dalam-dalam, kesannya dia kalut-kalut bepusing ke hadapan. Balqis yang menerima tali dari Aisyah, saya arahkan padanya, " kamu nak simpan atau muallimah ambil?" atau begini " simpan benda tu ". Aisyah berhajat untuk ambil dan simpan tali itu, saya beritahu Balqis supaya pegang dahulu tali tu, " Balqis, kamu pegang dulu tali tu". Kesanya mereka sudah tidak bermain lagi.
K.cik pun saya perlu kata begitu juga , " kamu nak simpan atau muallimah ambil? ". Bermakna dalam kebanyakan perkataan saya kepada mereka, saya juga telah beri mereka pilihan untuk saya ambil atau kamu simpan mainqn kamu. Sudah pasti mereka memilih untuk menyimpannya.

Muna dan Mizan juga saya guna teknik yang sama. Dan alhamdulillah, kesannya mereka juga berhenti sembang walaupun boleh nampak lagi mereka sembang. Maknanya ada pengurangan di situ.
Kamil pula ketika saya pandang dia, siap peace2 lagi dengan saya. Amboi dia ni. Namun saya buat muka serius saja.

Sebenarnya untuk pengetahuan, ketika saya renung mereka yakni murid2 kesayangan saya ini, saya memang gelak dalam hati. Ada juga yang balas renung mata saya tapi tak lama. Saya menang, hehe.

Mulanya saya tak tahu yang teknik Ekspresi Muka ini memang telah dilakukan Nabi Muhammad S.A.W, sehinggalah saya baca dalam blog Puan Aniza. Alhamdulillah rupa-rupanya, berkat tenik Nabi Muhammad S.A.W , Ya Allah.

Dengan murid-murid, saya tidak menjeling mereka, atas perbuatan mereka . Sebab ini juga akan mempengaruhi perasaan mereka dan perasaan saya pada mereka juga. Pelbagai perasaan boleh timbul , marah , geram, teringat dengan sikap mereka. Semua ini buatkan kita akan berpandangan negatif pada mereka kemudiannya. Alhamdulillah, di akhir kelas saya tidak merasa marah kepada mereka.

Dalam perjalanan pergi ke kereta untuk balik, Muzakkir yang berada dalam kereta membuka pintu kereta dan menegur saya sambil angkat tangan " Muallimah Athirah !! ". hehe.. Saya senang dalam hati dan balas kembali. "Ya! ", sambil senyum. Saya pulang kerumah dengan perasaan senang hati .

~ Ya Allah, permudahkanlah urusan kami di dunia dan akhirat. Amin ~

2 comments:

khairulaniza said...

Alhamdlillah!Teknik Nabi Muhammad memang mukjizat.Tahniah kepada ustazah kerana cuba mengaplikasikannya.
Cerita ustazah jelas dan ustazah menerangkan reakis pelajar-pelajar ustazah ketika ustazah merenung mereka. Saya dapat membayangkan peristiwa yang berlaku.Pasti anak-anak didik ustazah juga terkesima melihat tindakan yang ustazah ambil. Hehehe!

Semoga kita dipermudahkan Allah dalam mengaplikasikan teknik nabi ini untuk memandaikan anak bangsa. Amin!

uwais93 said...

Amin Ya Allah . :)