Saturday, March 24, 2012

TRY & ERROR




Jalan kita dihadapan terbentang luas
banyak lorong, banyak cabangnya
banyak yang perlu difikir dan diteliti

langkah perlu dipaku juga
agar tak salah jalan yang dipilih
mulut terkatup
tak tahu apa yang perlu diperkatakan
otak mentafsir
betulkah pilihanku ini?

Entah,
jalan mana perlu ku pilih dan teruskan
supaya hariku mendatang lebih baik

Padaku ...
Teruskan sahaja langkahmu
setelah kau berfikir dengan penuh perhatian
walaupun bukan semua jalan yang kita pilih itu betul semuanya

sebenarnya kita telah mengutip pengalaman2 hidup di sepanjang jalan itu
maka berbangga dan berbahagialah !

wahai diriku dan juga kamu !
suka untuk aku memberitahu
seandainya kita telah usaha mencuba
sebenarnya kita telah memilih jalan2 orang yang berjaya
50 % kejayaan sudah ada dalam genggaman
berbanding jika memilih untuk berdiam diri
kita tidak memiliki barang walau 0.01%

Usah berfikir terlalu banyak untuk mencuba,
saya suka dengan pepatah Try & Error.

Sekian, selamat mencuba ! :)

No comments: