Thursday, March 22, 2012

MASA YANG MENGUJI KESABARANKU.

Alhamdulillah, hari nih dah 3 hari semenjak sekolah saya mula peperiksaan. Ada pelbagai telatah masa jawab.
Ada yang menjawab dengan yakin, ada jugak terpinga2, buntu mungkin memerah minda mencari maklumat
yang telah dihafaz dan lupa dirak memori nombor berapalah yang disimpan nih. !! hehe..

Selain kongsiaan cerita pendek di atas, ada perkara lain yang saya ingin ceritakan.

Saya telah diberi kertas pink ( kelas ganti = relief ), dan saya perlu ganti masuk kelas 3 Ayub untuk subjek BI. Gurunya tidak hadir, tak sihat mungkin. Syafakillah ya muallimah ! :)
Saya tak pernah jejakkan kaki ke dalam kelas darjah 3. Hanya sekadar lalu tu pernahlah. Masa mula2 masuk semua pelajar berdiri bagi salam. Saya gunakan kata , " Muallimah nampak ada yang tak sedia lagi. Tunggu semua bersedia.".
Dan saya tanya siapa ketua kelas, Syuib namanya. Saya angguk padanya tanda dia sudah boleh beri salam. " Bagus ! Muallimah suka dengar Syuib beri salam. Suara kuat dan kawan2 boleh dengar suara kamu. " Itu saya katakan padanya selepas murid2 selesai beri salam. Tapi kemudian kelas mulai bingit+bising+ribut nak datang. Melampau betul perumpamaan saya nih ! Tapi itu hakikatnya.

Saya jerit, tinggi suara suruh pelajar2 duduk tempat. Ada yang duduk, ada yang masih berlari2, ada yang jerit2 , gaduh dengan kawan . Dalam hati, sama ja aulad atau banat nih. Saya puji pelajar2 yang sudah duduk tempat guna teknik Pujian Nabi Muhammad. " Muallimah suka tengok murid2 yang dah sedia duduk di tempat masing2."
Ketika itu, hanya itu yang sempat saya ucap, tak terucap impak dan kesan pujian tu, dek kerana kelas yang sudah kembali riuh jugalah !!

Saya suruh mereka buka buku teks BI m/s 29. Tujuan saya hari ini mahu belajar membaca saja., memandangkan baru pertama kali saya masuk kelas ini. " Muallimah, tak bawak buku ! ". Ramai pelajar2 menjerit meberitahu saya. Saya bagitahu boleh kongsi dengan kawan sebelah kamu. Itulah kemungkinan2 , murid2 lupa bawa buku untuk masa belajar akhir2. Masih ada yang berlari ! Memang budak betul lah. Bagi yang sudah duduk bersama kawan kerana tak bawa buku, dan sudah buka m/s yang saya arahkan, saya puji mereka . " Muallimah suka dengan murid2 yang sudah membuka buku. Ini bermakna kamu telah bersedia untuk belajar. " Saya perasan mereka suka. Tapi suara sumbang dari murid yang memang tak boleh duduk diam tetap kedengaran.
Saya baca dan mereka ikut. Kemudian bila sudah habis, saya mencari peluang untuk puji mereka , dengan memanggil sesiapa yang ingin membaca di hadapan kelas. Alhamdulillah ! ramai yang nak baca. Banat ada aulad pun ada. Semua saya bagi pujian
" bagus bacaan kamu, kuat dan ada intonasi. kamu juga seorang yang berani. " Kemudian saya suruh sahabat2 mereka beri tepukan. Tepuk juga mereka, kiranaya ada responlah tu kan :).

Tapi, masa banat baca, ada seoarang aulad ganggu dia. Bila banat baca, dia datang kacau dan kata ' perempuan gedik ' ! Bayangkan, budak yang baru darjah 3 keluarkan perkataan sebegitu. Rasa mahu bagi penampar aja ! Dia sudahlah tak baca , kacau orang pulak, kuis2 buku banat tadi. Saya tak layan dia, bagi tumpuan pada budak perempuan ini saja.

Saya pintas sikit dengan sembang2 saya selepas habis kelas itu. Saya sembang dengan Kak Mun. Kak Mun nih bekas guru kelas 3 Ayub dulu. Saya kata padanya , ' budak2 sekarang dah kata benda2 begitu. Tapi nak salahkan siapa, memang zaman ini begitu. Sudah kembali ke zaman jahiliah kata kak Mun. Keadaan sekarng pun , auart bebas aja dedah. di iklan, iklan2 tv, drama2 tv, paper,. Semua ni dari mana lagi mereka dapat. Dari benda sekeliling mereka la kan.Dah ditakdirkan kita berada di zaman ini. Kenalah terima. Memang zaman canggih . Dunia di hujung jari. Kata2 yang tak sepatutnya juga bebas diucap, tanpa malu pun. Kak Mun kata, sebab tulah, sekali sekala kita kena pergi tempat elok, baik kalo sibuk sangat. Dapatlah rasa beza suasana kita dengan tempat yang baik2.

Saya sambung ckit lagi.

Ketua kelas pun sama ja. Naik atas meja. Suara kuat pula. Masih ada lari2 dalam kelaa. Saya perlu jaga sampai 1.10 pm. Masa saya tengok jam baru pukul 12.40pm. Masa tu saya dah nangis dalam hati. Masa banat baca , saya tahan sebak tapi air mata dah pujuk nak keluar. Lepas mereka habis baca , saya puji juga seperti tadi. Saya memang ambil keputusan nak keluar dari kelas nih. Tapi , ada sorang budak lelaki nak baca. Pada amatan saya, dia budak yang baik, duduk tempat . Tak macam sesetengah kawannya. Untuk hargai usaha dan keberaniaan dia, saya dengar juga dan angguk ( ganjaran sosial padanya ).

Sungguh saya keluar dari kelas. Emosi orang muda macam saya, 19 tahun seperti ajar adik2 lebih ikut emosi. Pengalaman pun kurang. Saya yakin itulah tindakan terbaik sayaa.hehe.

Tapi kan , masa budak baik itu baca, suasana kelas pelan2 sunyi. Saya perasan tapi buat tak tahu . (patutnya perlu puji sikap mereka). Hingga ada seorang budak tanya saya , "muallimah , kenapa macam sunyi aja kelas?". Haa ! ada budak tanya saya. Maknanya dia pun terkejutlah kan. Saya jawab ke tidak. Saya pun tak ingat.

...akan bersambung ...

4 comments:

Puan Ainon Mohd. said...

Saya baca laporan eksperimen cikpuan ini 2 kali, bagi memastikan saya betul-betul faham apa yang berlaku sepanjang cikpuan menjalankan P&P itu.

Salah satu faktor yang menyebabkan saya kurang lancar memproses ayat-ayat laporan cikpuan itu adalah disebabkan warna tulisan dan warna latar belakang yang tidak sejodoh. Mohon gunakan kontras warna yang lebih mesra kepada mata.

Laporan pertama cikpuan ini menarik, meskipun belum kemas struktur dan bahasanya. Cikpuan boleh tiru struktur dan bahasa Puan Nurhidayah http://ustazah_engineer.blogspot.com

Detail laporan kes pelajar lelaki mengganggu pelajar perempuan yang sedang membaca itu sangat bagus.

Tindakan cikpuan yang tidak menegur kesalahan, sebaliknya hanya memuji-muji tingkah laku yang baik itu adalah sangat tepat. Cikpuan menggunakan frasa 'muallimah suka' adalah betul. Nabi menggunakan 'saya kagum'.

Laporan hasil eksperimen cikpuan di mana pelajar-pelajar diam semasa sesi membaca sedang berjalan itu sungguh bagus. Ia meyakin pembaca blog cikpuan bahawa teknik Nabi memang berkesan bagi mendorong pelajar corot belajar.

Contoh bahasa kurang manis (gedik) yang digunakan oleh pelajar itu memberi gambaran yang lebih jelas situasi dalam kelas.

Kisah ketua darjah yang 'sama naik' nakalnya juga sangat menarik.

Sebagai laporan pertama, banyak maklumat yang dilaporkan sangat berguna untuk dijadikan perbandingan dengan perjalanan eksperimen cikpuan seterusnya....

Tahniah! Saya suka membaca laporan ini.
Gambaran suasana buru-hara dalam kelas itu sudah jelas, dan saya pun geleng kepala semasa membacanya.

Komitmen cikpuan bagi menjalankan eksperimen memuji Teknik Nabi itu sungguh bagus.

uwais93 said...

Terima kasih Puan Ainon.
Itulah, saya berpegang teguh untuk tidak menegur kesalahan mereka.
Wah ! Puan pun dapat rasa huru hara dalam kelas saya.hehe

Puan Ainon Mohd. said...

1. Wah! Sudah kelihatan bersih!

2. Supaya laporan cikpuan dapat dibaca dengan laju, mohon perenggan yang panjang itu dipendekkan menjadi 2 ataupun 3 perenggan.

3. Saya mahu melatih cikpuan menulis macam gaya orang menulis tesis universiti. InsyaAllah cikpuan akan menjadi orang akademik satu hari nanti.

4. Semua perkataan singkat hendaklah ditulis dengan ejaan penuh. Ini akan menaikkan lagi mutu laporan cikpuan.

uwais93 said...

Wah ! saya berbesar hati dengan ulasan yang Puan Ainon berikan. Dengan uladan ini, dapat membantu saya meningkatkan mutu penulisan dan memudahkan para pembaca memahami cerita dengan lebih baik.

Saya teruja untuk menulis tesis universiti. :) .

Sebenarnya , semasa dalam kelas ini , saya ada terfikir, berhasilkah seandainya saya tidak memarahi pelajar kelas ini yang macam dilanda ribut. Alhamdulillah, komen dari Puan menguatkan semangat dan keyakinan saya bahawa teknik inilah yang terbaik. Tapi saya perlu sabar menanti dan terus berusaha kerana perubahan tak berlaku sekelip mata..