Thursday, March 22, 2012

MEREKA UCAP...'SAYANG MUALLIMAH '

Selesai menjaga untuk Ujian Matematik Kertas 2 di kelas 4 Daud. Pelajar2 relax. Santai2 sementara tunggu masa yang hanya berselang 20 minit untuk Ujian seterusnya , iaitu Ujian Matematik Kertas 1.

Ada yang datang meja guru, sembang2 dengan saya.

Tengok buku yang saya baca , ' GTO : GURU TERHEBAT OLAN.
Thaqif, Muhaimin, Fawwaz, Muadz yang rajin jenguk tengok buku nih. Thaqif suka usik saya dengan buat2 nak tarik pembaris panjang kelas, ( besar tu !!) , saya jadikan penanda buku. Ada jugak, " muallimah! dah hilang tanda dia. Haa ! saya ingat". Pastu dia bukak halamn bacaan saya. hehe..comei aja.


(Baca mengisi masa, sementara tunggu mereka habis. Kan ada yang kata.
JADIKAN MEMBACA AMALAN KITA).


Tanya lagi, muallimah guru tetap ke? . Selalunya jawapan saya pada mereka , ' tak tahu lagi ', ' tak konpem lagi' dan pernah saya jawab, ' tak muallimah guru ganti ja. '.
' Allaaaa ! , ' panjang saja jawapan mereka.

muallimah nak sambung belajar lagi ke ?
Lawak jawapan dari Maryam, ' muallimah sambung belajar kat sini je la !' . Aikk !! saya angkat kening .hehe. Lawak dalam hati.

Ada...Fatihah pegang tangan saya. Saya genggam tangannya jua. Tanda sokongan dan fakta yang saya sayang mereka. Apapun sikap mereka, selalu doakan mereka dunia akhirat.
Saya tak ingat siapa yang mengatakan , "muallimah, kami sayang muallimah." Saya tepuk2 manja pipi si comel yang berkata itu dan seorang lagi rakan di sebelahnya, samvil membalas " muallimah sayang kamu juga ". Menghargai
mereka !! Yang berada di samping saya ketika itu, Fatihah, Maryam , Sofea , Atikah , Imana dan Nadia( tak salah saya). Selalunya , pelajar2 yang dikategorikan tak siap kerja sekolah, nakal, kurang pandai ...merekalah yang akan ringan mulut menyapa kita. Dan bertanya itu ini.

Setiap kali mereka bertanya hal ini, ada ragu yang bertandang, sendu dalam diam , bingung bagaimana perlu saya katakan pada mereka. Namun , akhirnya itulah hakikat yang perlu ditelan kan !

Zahirah hadiahkan saya swan . Nama tak ditulis. Saya kacau dia masa Ujian minta di tulis nama. ( Tak patu betul muallimah ni kacau !! ) hehe...


( ada Mak dan ' anak ' Swan. Zahirah memang pelajar yang kreatif :) )


Saya iringi mereka dengan doa, kerana saya tahu dan yakin , itulah sebenarnya yang terbaik ! Ganjaran2 menaik semangat dan penghargaan atas hasil usaha mereka.

Sementara masa yang berbaki ini , gunakanlah peluang sebaiknya. Curah apa yang ada, kongsi yang boleh difahami.
Agar kelak tak jadi penyesalan.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dunia dan akhirat, Amin .

No comments: