Wednesday, March 21, 2012

USRAH : JALAN2, ZIARAH MUALLIMAH

Saya menjadi guru ganti di Sekolah Rendah Al- Hidayah, Ipoh. Bermula pada 5 Januari 2012, selamatlah saya memulakan tugas sebagai Muallimah di sini. Kami telah dibahagi kepada beberapa kumpulan usrah , yang mana wajib bagi semua guru. Yang ingin saya bercerita, tentang usrah saya semalam. Kali ini,kami tak berusrah dalm bilik aircond. Tapi berusrah dengan melawat Muallimah Rozana dan baby barunya Muadz.. Santai dan relax aja kan. :)

Sebelum tu saya kenalkan dulu ahli usrah saya..
Muallimah Mah ( guru besar SRAH ), Kak Tini , Kak Siti , Kak Fuzi , Kak Su, Kak Zura, Kak Nadia, Muallimah Sarah, Muallimah Walizawati( guru yang pernah ajar saya.sebab tu tak guna istilah kak ) , Wanie( sebaya saya) dan saya sendiri. :)

Yang saya ingat, antara benda yang kami bualkan tentang ' kahwin ' dan pengalaman 'bersalin' . Oh ! saya yang belum berkahwin ni meremang lemah badan kalau denagar cerita begini. InsyaAllah, tak lama lagi kak Nadia,kak usrah saya akan berkahwin . Semoga Allah memudahkan urusan akak !! dunia dan akhirat.

Bergambar kenangan ...



Semasa dalam perjalanan balik, ada Kak Nadia tanyakan soalan pada Kak Fuzi. Dan saya ingat jawapan dari Kak Fuzi,

" bila kita dekat dengan Dia, mohon pada Dia, yakin padaNya, Dia akan tunjukkan jalan yang kita tak sangka".

Jawapan dari terjemahan ayat seribu dinar. Saya kagum dengan jawapan dari Kak Fuzi . Saya pun berhasrat juga untuk minta pandangan dari Kak Fuzi nanti ! hehe...

Kemudian , dengar Kak Tini sembang dengan Muallimah Mah. Kak Tini nih kahwin semasa belajar. Muda lagi kahwinnya, 20 tahun. Ceritanya banyak cabaran dari saudara2 sekeliling. Tapi berapa lamalah sangat mereka nak cerita kan. Boleh la kot tahan 1,2 bulan. Yang selebihnya kita yang nak tanggung. Paling tak tahan. ' kita yang nak kahwin !'. Kak Tini cerita masa nak kahwin dulu, memang dia la yang urus semua. Lembu (tak salah saya) pun cari sendiri. Masa tengah bersiap2 , orang ketuk tingkap untuk minta duit beli ais . Fuhh ! saya memang kagum dengan Kak Tini. Alhamdulillah, saya melihat dia bahagia dengan keluarganya. Tambah dia lagi, asalkan kelurga beri sokongan, kita akan rasa kuat. Sudah pasti doa kepadaNya juga menjadi perkara utama.

Jujurnya saya gembira dalam usrah saya, bersama kakak2 dan murabbi yang banyak pengalaman. Kita turut terkena tempias mengutip cerita2 mereka dan berkongsi tips2 kehidupan.

Semoga Allah sentiasa memberkati kalian dalam apapun kebaikan yang akak2 lakukan,Amin .

No comments: