Wednesday, April 11, 2012

IMPAK TEKNIK PUJIAN: PELAJAR KELAS 4 DAUD


( sebahagian banat 4 Daud )

Semalam , saya menggantikan seorang Muallim yang tak hadir, kelas 4 Harun . Terletak bersebelahan dengan 4 Daud. Makanya ! sebelum itu pelajar2 banat datang menerpa saya.
Ada yang kata ,
" Mh, jomlah masuk kelas".

Ain pulak ... Dia cium2 tangan saya nih. Sampai saya pun saja2 suruh dia cium tangan saya banyak kali.
Dan mereka suka peluk saya, " Mh kami nak peluk Mh ". Belum sempat kata apa , mereka sudah datang peluk kita. Majoriti yang selalu begini, Atikah, Sofea, Ain, Fatihah, Maryam. Selalunya pelajar yang selalu dikategorikan ' suka main ' yang akan selalu tegur guru2nya. Mereka telah menampilkan sikap mereka yang telus itu. Tapi memang benar, ramai yang sopan kerana dibaluti sifat malu.

Fatihah lagi (dalam gambar, duduk dekat dengan saya ). Dia khabarkan berita gembira pada saya.
" Mh, saya dah habis hafal surah yang Mh ajar saya tu. Wah ! tahniah Fatihah. Saya genggam tangannya dan kata lagi , ' tahniah Fatihah , tahniah ! ". Betapa saya ingin dia merasakan penghargaan dari saya .

Sebenarnya, pandangan saya Fatihah dapat hafal kerana dia telah usaha dengan baik dan sungguh-sungguh untuk menghafal dan pengajaran dari Mh Rozana, guru AlQuran mereka yang telah guna teknik yang berkesan. Tahniah Mh ! sudah pastilah penghargaan layak diberikan pada Mh Rozana yang sejak saya darjah 2 ( tahun 2002) hingga sekarang, masih mengajar lagi. Allah sahaja yang mampu balas jasa Mh. Semoga Allah memberkati Mh sekeluarga. Ameen..

Kegembiraan Fatihah berkongsi ceritanya dapat menghabiskan surah hafazannya , Al-Infithor pada saya, dia telah menghargai saya sebagai guru yang pernah mendorongnya dengan teknik pujian. Dan dia tahu yangMhnya ini pasti gembira dengan peningkatan sikap dan prestasinya. Mh ini pasti akan memuji sikap baiknya lagi. Itulah pentingnya memuji sikap baik seseorang, bukan orang itu. Mudah2an Allah membantu kamu menghafaz keseluruhan Alquran.InsyaAllah.

Fatihah juga telah menunjukkan kematangan dalam bicaranya. Ketika kawan2nya yang lain mengajak saya masuk ke dalam kelas 4 Daud, Fatihah kata. " Tak bolehlah.Mh kena masuk kelas depa. Mh nak ajar depa jadi pandai juga ! " . Wah ! saya kagum dengan kata2 dan pemikirannya.

Penghargaan yang tinggi saya berikan pada Tim Hadith Psikologi yang telah mengkaji dengan penuh bersungguh2,yang amat bermanfaat pada masyarakat semuanya. Dan juga perkongsiaan pengalaman dari guru2 hebat yang telaha mengaplikasikan teknik2 yang pelbagai. Tahniah2 !!

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.Amin.

No comments: