Friday, April 27, 2012

KEBERKATAN GURU .

Kerusi guru. 


Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)

Pelajar jangan duduk .  Ada keberkatan guru di situ.

Itulah, pelajar sekolah saya suka duduk di situ bila tiada guru masuk.
Seronok + selesa. 
Mereka masih tidak tahu ! Tak mengapa. 

Jadi ...

Kepada pelajar2 di mana saja kita dan saya , jangan duduk di kerusi guru yaa !
Memang sedap +empuk. 
Sebab ia untuk guru kita. Bukan kita, ok ! 

 " Ustaz saya dah pesan pada saya dan sahabat2 lain, lepas tu kami tak berani dah duduk di kerusi guru. Dan akan kemas meja guru sekali sebelum Ustaz2 dan Ustazah masuk kelas. Terima kasih Ustaz ! "

Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. 
Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.   

Ya Allah, permudahkanlah urusan guru-guruku, Amin . Dengan berkat Nabi Muhd S.A.W Ya Allah . 




No comments: