Friday, April 20, 2012

KELAS MATEMATIK : MUALLIMAH ! NAK MAIN LAGI .

Pergi majlis tari menari,
Apa idea , jenuh kucari .

Wah ! serba boleh rupanya. Eh ! bukanlah, hanya cuba2 saja.
Bunyi pantun ni pun agak pelik kan . hehe ...

Kali ini, mari bersama-sama saya dalam kelas 4 Ilyasa'. Pelajar yang 'happening' dan sukakan cabaran. Bagaimana ini berlaku ?

Makanya, dijadikan cerita, saya pun 'relief' untuk masa Matematik kelas ini. Dalam perjalanan, saya fikir2, apa yang saya boleh buat . Sedang saya berjalan-jalan, saya nampak tapak kasut di pasir putih, yang berada di padang sekolah saya.

Allah Maha Besar ! Diatas segala penciptaanNya, 
dari yang sekecil-kecil,hinggalah sebesar-besarnya.



Jika Allah tidak ciptakan tapak kaki ,

-kita tak tahu ada orang yang pernah melalui jalan itu.
-CSI atau polis2 dapat gunakan kesan tapak kaki / kasut untuk kenal pasti penjenayah.

Wah ! Hebatnya Allah, Tuhan yang mencipta kita.

(gambar hiasan : tapak kaki)

Alhamdulillah, Allah mengilhamkan untuk saya mencipta soalan-soalan berunsurkan matematik dengan menggunakan pertanyaan 'Berapakah'. Nak tengok soalan-soalannya ? Ada di bawah .



(soalan-soalan kepada pelajar kelas 4 Ilyasa')

Ianya lebih kurang seperti 'kembara Matematik' . Ada kumpulan yang soalan mereka memerlukan mereka mencari jawapan luar dari kelas. Ada kumpulan yang hanya perlu mencari dalam kelas. Contohnya :

- berapakah bilangan kelas yang mempunyai langsir di sekolah ini ?
-berapakah bilangan bekas tapak kaki di padang sekolah kamu ? (saya rasa amat mencabar soalan ini )
-berapakah bilangan tudung didalam kelas ini ?

Ha ! itulah antara soalan2 yang diberikan.( lebih 20 soalan ) Bolehlah mencuba ya ..

Saya ingat lagi satu kumpulan aulad. Mereka dapat soalan dalam kelas sahaja. Dan mereka minta saya berikan soalan lagi, tapi soalan yang kena cari diluar kelas. Jadi saya pun tambahkan soalan lagi pada mereka :

- Ada berapa bilangan kasut di bilik guru sekarang ?
- Berapakah bilangan tandas di sekolah ini.

Ada juga yang kata :

"Tak mencabar la Muallimah . Bagi la yang mencabar sikit."
"Muallimah buatlah macam treasure hunt".

Ada kumpulan , yang tercungap- cungap bila masuk kelas. Gaya dah semput dah. Hai ! macam-macam gaya. Tapi, yang penting, mereka terhibur dan telah berusaha dalam kumpulan mencari jawapan dengan baik. Tahniah diucapkan pada semua kumpulan. :)

Bila dah habis saja, mereka kata lagi,lagi dan lagi :

 " Mh, kami nak lagi ! , nak lagi, nak lagi . " 

Alahai, takat ni dulu ya. Bila2 kita cuba lagi. Muallimahnya suruh berehat, 
tapi mereka tidak mahu.

Yang sorang lagi, ambil pen marker saya dan tulis ,

 " nak lagi ",  di papan putih. 
" tengok Muallimah, whiteboard pun kata nak lagi. " hehe..pandai la kamu.

Masa nak bagi mereka kebenaran berjalan luar dari kelas untuk mencari jawapan, takut juga mungkin mengganggu kelas lain . Tapi, sekali-sekali, apa salahnya kita mulakan sesuatu. :)

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.

~Dari Allah kita datang , dan padaNya jualah kita kembali ~


No comments: