Sunday, April 8, 2012

KONSERT AMAL BERSAMA SHOUTUL HARAKAH & USTAZ ZAHARUDDIN

Persembahan Shoutul Harakah dari Jakarta .



Wah ! Semalam saya berpeluang berada di konsert Shoutul Harakah yang didatangkan jauh dari Jakarta dan penceramah terkenal tanah air, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Kumpulan yang memang terkenal dengan nasyid2nya yang amat bersemangat ini, sedikit sebanyak jadi berdebar-debar juga saya. Hebat ! Sambutan yang menggalakkan dari orang Malaysia ! Semoga program2 begini akan membanjiri lagi ! Khususnya di negeri Perak nih.

Seterusnya ...



Semalam dalam ceramah, Ustaz Zahazan tanya pendengar. ' kamu solat ikut mazhab apa ?'.
Dah tentu kami semua jawab Mazhab Assyafie.
"Ok, satu soalan saya nak tanya. Dalam tahyat awal/akhir, masa bila kamu angkat jari ?" . Ha !! macam2 waktu la penonton angkat. Banyak mazhab yang Us terangkan tapi yang paling saya ingat, orang yang angkat jari masa 'ashhadu' , adalah orang yang bermazhab sendiri. Dan majoriti yang datang semalam bermazhab sendiri. Persoalan Us Zaharuddin semalam , memberi kesedaran pada kami penonton2 nih. Mazhab Syafie, angkat jari ketika "illallah" .



Wah ! My brother, Mustaqim bergambar dengan Ustaz Zaharuddin. Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Mustaqim. :)

Ramai orang datang , khususnya dari negeri Perak. Seronok melihat anak2 muda lelaki dan perempuan, kanak2 , ibubapa yang turut hadir memeriahkan majlis. Sekurang2nya kita tahu yang anak2, sahabat2 dan pelajar2 kita datang ke tempat2, majilis ilmu begini. Semoga program sebegini terus diadakan dan mendapat perhatian untuk kita semua.

7/4/2012. Sabtu.Dewan Intim, Masjid Jalan Diary,Ipoh Perak.

No comments: