Wednesday, April 18, 2012

MAHU BERSAMA NABI DI SYURGA , ALIF ?





Selawat dan salam buat kekasih kita, baginda Nabi Muhammad S.A.W . Doakan dan harapkan bersama semoga kita dapat berkumpul bersama2 Baginda, dengan meneruskan usaha kearah kebaikan , yang kecil mahupun besar.


Dalam kelas 3 Ayub. Alif menangis bergaduh dengan Syuaib. Pukul semua orang yang nak halang dia. Maka ! saya urut belakang dia, pusingkan badannya menghadap saya. Selepas itu, saya bawanya ke pintu. Antara kata2 saya padanya, rasanya ada 3 point . 

Yang saya ingat : 

" Nabi tak cakap benda2 yang tak elok" . 
"Nabi tak pernah pukul kawan2nya. " 
dan yang ini , " Alif, nak bersama Nabi kat syurga nanti tak ? " . 

Dia anggukkan kepala. Bersyukurlah kerana dia memahaminya dan mahu bersama Nabi di syurga nanti.

Alif ! semoga kita dapat jumpa nanti ya. :) . "Alif sabar ya ! " .

Alif kembali ke tempat duduk dia. Tak lama kemudian, Syuaib datang kacau Alif lagi. Saya bagitahu , " jangan kacau Alif ! " . Siap ulang 2x lagi. Bahkan Nabi sendiri pun pernah pertahankan seorang peminum arak. 

Hadisnya berbunyi :

Umar bin al-Khattab melaporkan, pada suatu masa ada seorang lelaki bernama Abdullah yang nama jolokannya adalah 'Himar' yang bermakna 'si keldai'. Dia seorang yang selalu menyebabkan Nabi Muhammad ketawa. Nabi Muhammad pernah mengenakan hukuman sebat kepada Abdullah atas kesalahan meminum arak. Pada suatu hari sekali lagi Abdullah dibawa ke hadapan Nabi Muhammad atas kesalahan minum arak, Nabi pun menyebat dia. Melihat peristiwa itu seorang lelaki berkata, “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad berkata, “Jangan kutuk dia, kerana demi Allah, saya tahu dia mencintai Allah dan Rasulnya.” --


 Hadith No. 2161 dalam kitab Ringkasan Sahih al-Bukhari.

Penerangan : 

Pada peristiwa itu, semasa Abdullah sedang menjalani hukuman, ada orang mengutuk dia. Kata si pengutuk: “Ya Allah! Kutuklah dia. Selalu benar dia dibawa ke hadapan Nabi.” Nabi Muhammad serta-merta menegur si pengutuk dengan memberi arahan: "Jangan kutuk dia." 
Dengan itu Nabi Muhammad mempertahankan maruah Abdullah. Dalam peristiwa ini Nabi Muhammad dengan terang dan jelas menegah perbuatan mengkritik satu sama lain secara terbuka, yakni di khalayak ramai. (sumber : Tim Hadith Psikologi) .

Saya perhatikan Alif, dia telah cuba menahan kemarahannya dari membalas dalam bentuk fizikal. Dia boleh saja tumbuk muka Syuaib, tampar mulut Syuaib. Tapi, dia tidak buat tu semua.

Saya panggil Alif, dan tunjukkan isyarat tangan bagus pada dia, atas sikapnya yang tidak membalas+ sabar kerana hendak bersama Nabi di syurga nanti . Dia angguk.

Semoga Allah memelihara kamu, pelajar2ku dan kumpulkan kita bersama2 dalam syurgaNya bersama Baginda Rasulullah S.A.W . Amin .

No comments: