Wednesday, April 18, 2012

'REKA CIPTA' BERSAMA PELAJAR 3 AYUB.

Wah ! masuk dalam kelas terus duduk mengambil tempat di meja guru. Dapat 'relief' dalam kelas yang pernah bikin huru-hara ini . hehe :), menggantikan waktu untuk pelajaran Bahasa Arab, mulanya saya sekadar membaca bersama pelajar-pelajar ini saja (mereka akan datang dan membaca pada saya di meja guru). Dalam masa yang sama juga, ada saja pelajar yang ingin bermain-main. Tenangkan hati , luaskan fikiran.

Pelajar yang membaca bersama saya, saya tunjukkan isyarat tangan, BAGUS!!. Yang baca laju mahupun lambat, tetap akan dapat. Makna BAGUS : pada yang baca lancar, sebab bacaan mereka lancar dan baik. Manakala bagi yang bacaannya agak lambat dan tidak lancar, maknanya : saya kagum dengan usahanya yang tetap ingin membaca. :) Tahniah2 !! Muallimah suka.

Makanya, mungkin kerana Syuaib (ketua kelas 3 Ayub yang sangat agresif ini) perasan saya tunjukkan isyarat bagus pada setiap pelajar yang membaca, dia pun ingin mencuba dan datang pada saya. Teknik Pujian dan Penghargaan saya gunakan .

Namun, Syuaib tetap mahu 'cari penyebab gaduh' dengan kawan2nya.
"Eleh , kau baca bukan lancar pun. Ha ! cuba engkau baca sorang2. Dari atas sampai bawah" . Itulah kata2 yang diucapkan Syuaib pada kawannya yang sudah membaca !. Boleh saja saya memarahinya :

-Syuaib, tak patut kamu kata begitu pada kawan2 kamu ini.
- Kawan kamu lebih baik lagi dari kamu, dia baca kamu tidak.

Sebenarnya, sikapnya begini kerana dia mahukan perhatian, berdasarkan perbualan saya dengan Muallimah2 yang pernah mengajarnya. Jadi, kerana saya tidak melayan sikapnya yang buat bising ketika itu, mungkin dia datang dengan harapan dapat curi perhatian saya . Ya kan ?!

Saya sambung lagi.
Kemudian, Syuaib pun mula membaca. Namun, bacaannya tidak lancar. Kawan2 yang ada di sisinya terus kata, " ha! dia baca lagilah, tak lancar ." Malah, ada yang saja tukarkan perkataan dalam buku jadi perkataan lain. Gelak dalam hati :). Dan !! Syuaib kata, " Dah ! aku tak tahu, payahlah ." (mungkin skrip berbeza dengan kata2 yang sebenar, tapi masih seiring maknanya). Saya pun tunggu apa lagi, tunjuk isyarat bagus lah padanya, kerana dia tetap mahu mencuba :) . Tahniah Syuaib.

Masa banyak lagi.Jadi, saya hanya meneruskan perbualan bersama mereka. Dengar cerita2 mereka, pelajar2 tahun 3 ini. Harusnya ada lucu, lawak !

Sambil2 itu, dengan gunakan 2 pen marker saya,pembaris dan pemadam pelajar saya, saya binalah bangunan 'mainan'.


(gambar hiasan : ada bersama saya pen marker, pen merah, pembaris, pemadam)


Cukuplah alat2 ini untuk kami bina bangunan bersama. Selepas saya bina, anak2 pelajar ini pun mahu mencuba macam Muallimahnya. Bila sorang tak berjaya akan pusinglah semua alatan ini pada kawan lain pula, hehe .. Dapat bayangkan ?? Pelajar bersama guru membina bangunan. Biasa saja sebenarnya, tapi rasanya amat bermakna apabila guru bersama sekali dan kawan2 dapat melihat kejayaan mereka. Ada Azreen, Azam, Syuaib, Solahuddin, Anas, Alif dan beberapa pelajar lagi. Maaf ! tapi saya tak ingat nama mereka, mungkin sebab kurang mengenali dan mendekati mereka.

(gambar hiasan)

Anas seorang saja yang berjaya bina dengan jaya dan bangganya. Syuaib pun cuba juga, Anas kata, "nak tiru cara aku la tu" , " mana ada ! " . Setiap kali itu jugalah Azam akan buat supaya binaan Syuaib tu jatuh, tanpa Syuaib sedar. Andainya Syuaib sedar, maka tahulah apa akan berlaku.

Solahuddin mengambil kesempatan bina sendiri dengan alat tulis dia, Wah ! saya kagum sekali. Saya bagitahu kawan2 dia, " Tengok tu Solahuddin buat ". Hargailah usaha dia .
(Good Work solahuddin and friends !! )

Masa tamat, makanya tamatlah kelas saya bersama mereka. Keluar kelas dengan hati yang tenang dan gembira. :). Cara yang pelbagai diperlukan untuk zaman kini yang lebih canggih .
Alhamdulillah, idea yang diilhamkan oleh-Nya.

" Daripada Allah kita datang, dan padaNya kita akan kembali " .



No comments: