Wednesday, April 11, 2012

PELAJAR 4 DAUD RINDU PUJIAN DARI MUALLIMAHNYA.

Ketika rehat, saya menikmati makanan di kantin , sebelah saya pelajar2 banat kesayangan 4 Daud.

Ada yang suruh saya masuk mengajar kembali kelas mereka. Ini ekoran daripada Mh yang saya gantikan, sudah tamat tempoh berpantangnya.

Dalam banyak2 pesanan itu, Fatihah bisik pada saya.
" Mh, kami rindu dengan pujian Mh. "


(gambar hiasan : Aqish, anak Mh saya )

Ya Allah Fatihah ! Tersentak jugak saya, dengar dia kata begitu. Kemudian saya senyum saja pada dia.
Lihat ! impak teknik pujian yang saya pernah gunakan di kelas 4 Daud, Fatihah yang suka main ini pun rindukan pujian.

Lain pula dengan Sofia dan Maryam. Nak bermanja dengan Mh nya.


(gambar hiasan : telur)

Saya tak makan tauge, jadi letak di tepi saja. Maryam tanya, " Mh tak makan tauge ke?". Saya jawab tak.
" Saya makan." Kenyataan dari Maryam. " Kamu nak ke, betul kamu nak ?" Saya tanya 3 kali jugak. Betul ke nih ! Dan saya mencontohi Mh Hamezah yang ketika itu, duduk di sebelah saya, yang memberi pelajar banat tahun 6 sotonya. Pelajar2 ni suka soto ! Tapi sebenarnya adalah kegembiraan dapat berkongsi makanan dengan cikgu mereka. Istilah berkat apabila dapat berkongsi makanan dengan guru, sudah mereka faham atau belum.??! Tapi yang pasti, saya sendiri pun akan berebut-rebut jika ada kongsian makanan dari guru saya.hehe

Dah sudah saya suapkan Maryam satu sudu penuh tauge , Sofea pun . " Saya nak jugak ". Saya carikan jugak tauge untuknya dalam pinggan saya. Siap ada ayam kecik sekali saya suapkan. Nampaknya ,pelajar 'pau' tauge Mh !! hehe...

Maryam2, Sofea2 :)

"Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kalian, anak2 muridku di dunia dan akhirat. "

No comments: