Saturday, May 12, 2012

MEMBACA , SAYA SUKA !



( ala , comel sungguh ! :) )

Ramai orang suka membaca .
Ada juga sebahagiaannya yang kurang membaca.


Seperti yang sudah dalam pengetahuan umum, ayat Alquran pertama yang diturunkan adalah Surah Al-Alaq, ayat 1 .

                               بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
                             (ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَق)

Firman Allah SWT: 

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk).

Hamka berkata

Dalam suku ayat pertama sahaja, iaitu "bacalah", telah terbuka kepentingan pertama di dalam perkembangan agama ini. Nabi SAW disuruh membaca wahyu yang diturunkan kepada baginda di atas nama Allah SWT.

sumber : ( sini )




Kanak-kanak suka membaca buku cerita kartun mereka.


Bapa-bapa kadang- kadang membelek pamplet kereta.



Ibu- ibu , buku pembesaran anak-anak dan buku masakan sering menjadi pilihan.


Remaja lelaki suka dengan kisah sukannya.


Remaja perempuan suka juga dengan majalah2 yang ada trend baju dan tudung terkini.




Asalkan suka membaca, ada rasa mahu membelek ... 
itu sudah bagus !


Disitu
menambah pengetahuan global kita tanpa kita sedari .



Kanak2 ini dapat kembara , berfantasi dan berkreativiti.

(beri anak2 bermain pada usianya untuk pembesaran yang baik)


Bapa ada info tentang model kereta terbaru di pasaran.

(kereta zaman dahulu adalah unta)


Ibu tahu teknik mendidik anak2 mereka dan memasak  dengan baik.

(air tangan ibu berkat, tambah2 bila ditambah selawat dan doa)


Remaja lelaki ada impian tinggi, dan dapat mencontohi kesungguhan ahli sukan kegemarannya.

(Nabi pesan ajarlah anak2 memanah, berenang dan menunggang kuda)


Remaja perempuan dapat membuat pilihan yang baik tentang tudung dan baju mereka. Hasil didikan Ibunya dan Ustazahnya.

(Allah akan suka perempuan yang jaga aurat dengan baik :) )



Pesanan ikhlas dari saya : 

Jika perniagaan merupakan salah satu dari sumber rezeki kita , 

Maka ...

Membaca pula salah satu dari sumber ilmu kita.










No comments: