Tuesday, May 8, 2012

OH ! BEGINI PENGALAMAN BERAMAL DENGAN HADIS RASULULLAH .


Hari Ahad, saya pergi main go-kart and memanah, kat Extreme Park . Dengan Kak Dayah(kawan saya) dan Mh. Naemah(cikgu saya) . Sempena sama tempat mengajar , di Al Hidayah . :)

Wah ! Memang seronok, hehe ...

Hadis Nabi S.A.W yang berbunyi :

"Ajarlah anakmu berenang, memanah dan menunggang kuda”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)  

Penganjur suruh buat pilihan. Boleh pilih satu saja. Saya apalagi, ambil go-kart lah . Sebabnya tak pernah main. 

Masa di ALMAAD (Al MAdrasah Al Alawiyah Ad Diniah) , sekolah saya ketika tingkatan 2 -6, saya pernah menyertai pertandingan memanah yang Kelab Bimbingan & Kaunseling anjurkan. Tapi, bukan rezeki saya dapat mewakili sekolah sebab masa tu dah terlebih had umur (Tingkatan 6 masa tu) . Apapun sebenarnya, pengalaman dapat main itulah yang paling berharga kalau nak tau, bagi sayalah !

Sambung dengan go-kart saya,

Memang saya bawa sebawa-bawanyalah. Memandangkan saya  belum pernah bawa kereta lagi, itulah pengalaman pertama saya bawa kereta dan memecut kereta. Alhamdulillah, go-kart nih, walau sampai kita pusing stereng dia 370 darjah pun, dia tak terbalik, cuma terbabas aja  . Saya lah tu. :)

Jurulatih profesional beri taklimat sebelum pertandingan bermula :

1) Bila terbabas, jangan keluar dari kereta kamu dan angkat tangan. Orang akan datang  bantu. (sebab apa anda tanya : rasanya takut2 kita baru ja keluar kereta lain dah langgar kita, kan3 ! )

2) Bila saya(pengadil) angkat bendera merah, perlahankan kereta anda yang bermakna 6  pusingan anda telah habis .


( Wanita boleh !)

Saya tak dapat memasuki pusingan akhir. Tapi bertuah Kak Dayah dan Mh Naemah dapat masuk . Wah ! Tahniah Tahniah ! (tumpang bangga) .

Cadangnya , nak ambil angin ja bila masuk nih, tapi masa tengah santai2 tu, ada ja yang langgar kita kan. Itu terseksa namanya . Jadi, buatlah yang terbaik dalam apapun yang saya dan anda nak buat.

Kami ambil peluang main memanah juga, persendirian. Murah saja, RM 10 dapat 12x panah. Berbaloi sampai lenguh2 tangan saya sampai saat ni. 
Pernah main tak bermakna kita hebat, cuma boleh aplikasikan pengalaman yang kita ada tu. 

Urat pun dah lari, panah pun entah ke mana. Tapi tetap seronok !

( Ha ! panah jangan tak panah. Aurat tetap terjaga .)

Sebab itulah Nabi SAW menyarankan supaya belajar memanah. Bukan lelaki sahaja, malah perempuan juga. Dengan itu, umat Islam boleh membina kekuatan tangan. Para sahabat dulu mahir memanah, itu bermakna mereka  mempunyai kekuatan tubuh badan yang mantap dan tegap. Keimanan yang hebat kepada Allah ditambah pula dengan ketegapan tubuh badan dan ketangkasan berperang . Wah ! begitu hebat sekali kan . 

Terbuktilah sudah saya ni tak cukup lagi kekuatan tangan. InsyaAllah, dengan latihan yang berterusan , alah bisa tegal biasa kan ! 


Pada pandangan saya...

menunggang kuda - dapat kelebihan teknik dan strategi mengawal situasi .
berenang - bina kekuatan seluruh badan terutamanya tangan dan kaki .

Alhamdulillah, saya ucap syukur pada Allah yang telah kurniakan saya kelapangan masa , dengan sertai aktiviti berfaedah ini. 

InsyaAllah, saya nak join lagi. :)

Kawan- kawan ?!






No comments: