Thursday, May 17, 2012

SOPAN TUTUR KATA IKHWAN, SIKAPNYA LUCU DALAM DIAM .


Senyum di bibir, gelak dalam hati .

(gambar hiasan)


Lucu perangai Ikhwan Farhan, pelajar yang juga merangkap ketua kelas Tahun 1 Idris ni. Beberapa kali saya masuk kelas, untuk subjek AlQuran, mesti dia akan datang dan bagitahu,

"Mh, izinkan saya makan (sambil sengih nampak gigi) ".

Wah ! boleh pula begitu ya Ikhwan. Saya pun, angguk saja . Lucu la kamu ni Ikhwan . :) Mungkin sebab dia tahu saya akan bagi kebenaran, dia pun tak jemu2 minta izin. Akhlak yang baik !

Hari ini ...

"Mh......izinkan saya minum". Ternanti2 saya, apa dia nak cakap lepas panggil Mh .

Oh ! nak minum :)

- Besar nanti, semoga semua dapat jadi orang baik naa ^_^ -

No comments: