Saturday, May 5, 2012

Ujian Kesabaran Pendidik Kita .

Ada seorang kawan saya, dia juga seorang cikgu. Dan dia telah ditugaskan mengajar di Sarawak .

(sini)



Lagi hebat duagaan dia. ya lah ! Murid-murid di luar bandar boleh jadi lebih aktif lagi. 
Yang aktif, aktiflah. Yang biasa, biasalah .

Ceritanya, murid-murid dia ni mengajuk cakap dia, main dalam kelas , tak dengar cakap dan lain2 lagi lah.
Memang Ujian Menguji Kesabaran nih.

Saya rasa kita boleh buat 2 cara :

1. Garang : 

- supaya mereka takut dengan kita dulu.
- belajar hormat pada kita walau terpaksa lagi.
- supaya mereka boleh terima pelajaran kita sebenarnya.

2. Santai : 

- cari masa mesra dengan mereka di luar waktu mengajar.
- makan dengan mereka.
- kongsi cerita dengan mereka.
- bila dah rapat tu, mereka selesa dengan kita. (tapi mungkin ambil masa la kan)

Makanya , mengikut pengalaman saya yang baru beberapa bulan ni jadi cikgu ni, hehe ... 
(4 bulan lebih sebagai cikgu)
Untuk tahap 1, memang perlu guna cara yang pertama . Untuk tahap 2, sesuai gunakan cara no 2. Tapi ikut murid itu juga. Kalau senang urus, alhamdulillah. Jika sikapnya agak tak terkawal, cara 1 pilihan saya..

Saya doakan semoga Kak Nana akan dipermudahkan urusan olehNya dan dikuatkan tahap kesabaran dan kecekalan sepanjang mendidik anak bangsa. Amin.

No comments: