Sunday, June 24, 2012

HARI LAPORAN KAD KEMAJUAN.

Alhamdulillah, selesai sudah gabra perasaan dalam jiwa saya. 


Dalam usia muda,bersembang dan menjawab pertanyaan ibu bapa tentang anak mereka. 


Mengenai sikap dan prestasi anak mereka di dalam kelas. 

Alhamdulillah, dengan bantuan Muallimah senior, Muallimah Quswa yang berada disamping saya, segalanya berjalan dengan lancar. Dah tahulah juga, serba sedikit proses-proses untuk mengendalikan hari kad kemajuan. Bukan senang. Banyak benda yang perlu dibuat dan diambil kira. Tahap 1 boleh tahan lagi, ibubapa mereka faham tabiat anak-anak seusia 7 hingga 9 tahun. Bila dah masuk tahap 2, dari usia 10 hingga 12 tahun, selalunya ditekankan lebih. Tambah lagi darjah 6, itu guru-guru senior yang pegang kelas ini.


 Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah beri hamba pengalaman begini. 


 Ya Allah, kurnialah kejayaan pada anak-anak murid kami dunia dan akhirat. 


Ya Allah berkatilah kehidupan guru-guru kami. Amin.

No comments: