Saturday, June 30, 2012

JUALAN AMAL SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN .

Sabda Rasulullah S.A.W :

9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan


Alhamdulillah, hari Rabu yang lepas dapat mengadakan jualan amal di sekolah saya , Al Hidayah Ipoh. Duit itu akan digunakan untuk aktiviti sekolah di bulan Ramadhan.  Para guru menjual dan murid- murid membeli. 


Harganya amat murah. Buah- buahan boleh didapati dengan harga 0.50 sen. Begitu juga sengkuang yang ditabur kicap rojak dan kacang. Menyelerakan bukan ! :) Sengkuang ini antara kegemaran saya . Hari itu saya beli sampai 2 . Terima kasih Muallimah Fazliyaton atas kicap rojaknya. 


Ada gerai buah-buahan, roti John , air gas , cappati , keropok dan laksa.

Antara gambarnya :


( Guru- guru senior yang juga guru saya bersantai sambil berbual :) )




( para pelajar riuh melihat apa yang boleh dibeli )



( kawasan menjual Roti John )

( Mh Faridah memperlihatkan kehebatan menggoreng roti John, gerai ini paling ramai pelajar kerumun )


Aktiviti sebegini dapat merapatkan lagi hubungan guru dan pelajar. Guru dan pelajar dapat ' relax' selepas seharian memerah otak. Teknik perniagaan dapat dipelajari dalam sedar atau tidak. Alhamdulillah , bersyukur pada Allah .




No comments: