Saturday, June 30, 2012

JUMAAT TERAKHIR SEBAGAI GURU DI ALHIDAYAH.


Hari Jumaat, hari terakhir khidmat saya sebagai guru setelah 6 bulan bekerja. Seminggu sebelum ini, memang merasai kesedihan. Sudah hari terakhir, kesedihan dapat dikurangkan. Alhamdulillah, Allah memberi ruang dan peluang pada saya mengutip pengalaman suka duka sedih gembira takut berani dan sebagainya. 

Hanya segelintir pelajar sahaja yang tahu perpisahan saya ini. 


Bukanlah bermakna saya keluar dari Alhidayah maka hubungan kita putus kan !



Saya belajar banyak perkara : 


-cara mengawal kelas dengan baik 


-cara berkawan dengan guru-guru senior 


-cara komunikasi dengan ibubapa (hari kad kemajuan)


-cara mengatur strategi susunan kelas (sebagai guru kelas) 


 -cara berniaga (hari sukan, hari jualan amal sempena Ramadhan ) 




 Dimana lagi akan saya kutip semua ini pengalaman pelbagai ini , maka bersyukurlah padaNya atas segala nikmat kurniaanNya. :)


 Semoga berjumpa lagi anak-anak muridku sayang. 


 Ya Allah berkatilah kehidupan Guru-guruku dan anak muridku di dunia dan akhirat. Amin.

No comments: