Tuesday, June 12, 2012

WATAKNYA BIASA- BIASA SAJA.



Terharu rasa , seorang murid darjah 1 menegur saya ketika dia sedang duduk di tangga surau. 


"Mh ! ", tegur Luqman. 


Tercari - cari juga ada yang memanggil sayakah. Betul rupanya. 


Saya tanya kembali, " Ya ! belum balik lagi , kasut dah jumpa dah? " . Dia tunjuk kearah kasutnya. Jam saya dah pukul 3 lebih. Saya mengajarnya Matematik. Dia bukanlah dalam kategori pelajar yang cekap, sentiasa perlu dipantau, disebut nama untuk menariknya kembali. Anak bongsu barangkali. 


Saya selalu duduk sebelahnya dan beri penerangan, jika tidak dia ralit. Jalan sana sini. Dia seorang murid comel yang baik, apabila saya terang, dia dapat buat juga, usahanya ada :). 


Sebenarnya tadi ada rakannya beritahu yang Luqman tidak solat zuhur kerana hilang kasut. Masa saya tahu berita ini, sudah habis amali solat untuk tahun 1, memang dibuat setiap hari Isnin. 


Dan memang saya lihat dia ada dalam kelasnya. Saya suruhnya cek kasut kawan selepas kawan balik kelas nanti. Saya beritahu dia juga, esok jangan buat begini lagi, iaitu tidak pergi solat, walaupun kasut tiada. Kena solat juga walau apapun terjadi . 


" Boleh Luqman ". ? saya ulang tanya 3 kali, hehe...  " Boleh Muallimah ". Kali ketiga baru dengar suara merdunya. :)


Itulah yang menyebabkan saya terharu apabila dia menegur saya, perwatakannya terlihat dia seorang pelajar yang biasa-biasa. Dan, dia dapat menerima kata-kata saya kepadanya. 


Apabila kita bercakap dengan baik, mereka pasti dapat menerimanya , InsyaAllah :)


Ya Allah, permudahkanlah urusan Guru2ku dan anak2 muridku di dunia dan akhirat. Amin .



No comments: