Saturday, July 21, 2012

ADA KITA BERFIKIR TENTANGNYA .

Alhamdulillah, hari pertama Ramadan kita semua. Semoga Allah tingkatkan iman dan taqwa kita semua, saya dan pembaca budiman  kepadaNya, dengan berkat Nabi Muhammad  Sallallahu Alaihi Wasallam .


Ketika mana, selesai pengebumian arwah Pak Ngah saya, semua orang pun sudah beransur pulang. Tinggallah Umi saya, Mak Ngah(isteri Pak Ngah) dan beberapa orang lagi emak saudara saya di kawan kubur itu.


Mak Ngah ingin bersendirian mendoakan suaminya dan mengucapkan sendiri selamat tinggal padanya. 


Ketika saya berfikir, 7 langkah kmi melangkah, akan datangnya malaikat dan mendudukkan mayat tersebut.


Bagaimana dengan saya dan kita semua, ketika mana malaikat membangunkan kita. Malaikat tanya, dan dapatkah saya menjawabnya.  


1/ Siapa Tuhan kamu ?

2/ Siapa Nabi kamu?



3/ Apakah kitab kamu?


Memang ! Memang atas dunia ini saya dan pembaca sekalian dapat menjawabnya. Dalam sana nanti ?!


Makanya ! kita semua jangan sama sekali berpuas hati dengan amalan2 baik kita, teruskan dan teruskan dan buat. Entah bagaimana amalan kita semua disisinya. Sudah berpuas hati dan seronok.


Sedangkan Allah memasukkan kita dalam syugaNya dengan rahmat kasih sayangNya, bukan kerana amalan2 kita. Wallahualam.


                         Ya Allah, ampuni kami atas dosa2 kami. Kami nak jadi baik,
                                      bimbinglah kami selamatkan kami, Amin . 







No comments: