Tuesday, July 17, 2012

HATI2 DENGAN KATA.

Saya meminati drama bersiri Jewel In The Palace. Saya kira ramai yang mengetahui cerita ini.


Mengisahkan Janggeum seorang wanita yang tabah dan tidak mudah berputus asa. Bermula dengan kehidupannya di istana apabila telah dihantar oleh emaknya ke sana. Kemudian menjadi Wanita Istana dan pembantu tukang masak  kepada Wanita Istana Pertama, Puan Han. Puan Choi yamg iri hati telah memfitnah mereka dan akhirnya mereka dijatuhkan hukuman dihantar ke Pulau Jeju. Janggeum menjadi hamba manakala Puan Han mati dalam perjalanan ke Pulau Jeju. Atas dorongan untuk kembali semula ke istana, dia mempelajari bidang perubatan bersama gurunya seorang tabib permpuan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Pulau Jeju. Akhirnya, dengan usahanya Janggeum dapat kembali ke istana sebagai Pembantu Tabib. 


Dalam menonton filem ini dan juga cerita-cerita lain, ada skrip-skrip yang kita perlu ambil peduli dengannya. Bukanlah menerima sahaja sebagai penonton yang beragama Islam. 

Antaranya babak di mana Puan Lee, kawan rapat Janggeum yang menjadi gundik Maharaja. Dia telah mengalami kesulitan semasa melahirkan anak, dan telah dirawat oleh Janggeum. 

Puan Lee : Janggeum, awaklah yang telah menyelamatkan saya. 

Kiranya kita menganggap skrip ini biasa. Mereka tidak mengapa kerana mereka bukan Islam.   Bukanlah Janggeum yang menyelamatkan dia, Janggeum sebagai perantara sahaja. 

Makanya, kita perlu lebih berhati-hati dalam menuturkan percakapan kita.




Selalunya antara lain :


1/ Ubat : Kau makan ubat ini, mesti penyakit kau sembuh.

2/ Jalan Raya : Kalau kau tak ada, mesti aku dah mati kena langgar kereta tu.

3/ Tolong Orang : Kita kena tolong saudara kita , kalau kita tak tolong,  mereka akan mati.  (sumber dari cerita Lorong Waktu, TV AlHijrah)  

*perkataan berwarna hijau   ialah alat , yang boleh menjadikan kata-kata kita salah. Mohon Allah lindungi saya dan semua muslimin muslimat dengan memelihara percakapan kita. 


Ya ! Selalunya, kita juga tidak menyedari apa yang telah keluar dari mulut kita. 
Melainkan kita sedar selepasnya ataupun selepas ditegur oleh rakan  yang mendengarnya.

Sumber asal sini  )

Dalam mengulas hadis ini, imam al-Syafi’I berkata bahawa Rasulullah menyarankan kita agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Jika apa-apa yang akan kita disampaikan ada baiknya, maka teruskanlah. Tetapi jika bimbang akan menimbulkan keburukan, maka adalah baik kita diam sahaja. 

Semoga kita semua menjadi orang yang bijaksana dan sentiasa menjaga kata-kata  yang akan keluar dari mulut kita .  InsyaAllah.




2 comments:

Mutalib Attholib said...

Kata-kata, mudah dilafaz, ringan disebut, namun nilainya kadang-kala boleh membezakan syurga dan neraka.

athirahjinal, IPOH said...

benarlah !