Thursday, July 26, 2012

SOLAT. BIASA YANG MERIMASKAN.

Alhamdulillah, Allah kurniakan kesempatan pada hari ke 6 ini kepada kita semua ,  untuk terus melaksanakan ibadah kepadanya, semata- mata meraih keampunan dan redhaNya. 


Semasa saya besekolah asrama, solat jemaah bersama menjadi kewajipan kepada kami . Dan lama-lama, solat itu bagaikan menjadi suatu kebiasaan sahaja.





Ambil wudu' , pakai telekung , pergi ke surau , solat berjemaah dan seterusnya pulang ke dorm semula . Menyambung kembali tugas-tugas yang tergendala,  yang tak pernah mahu habis mahu surut. Bilakah !


Kewajipan mendirikan solat, dan kemudiannya menjadi kebiasaan menjadi suatu perkara yang merimaskan hati dan jiwa. Sering melakukan perkara yang sama, rutin yang sama, diwaktu yang sama berulang- ulang kali.


Tidak terkecuali dengan masyarakat umum, bukan di asrama sahaja. Bukan sekadar solat fardu sahaja, bahkan semua solat- solat kita .



Makanya ! Moleklah apabila kita ingin melaksanakan kewajipan kita dalam solat, mulakan dengan niat. Perbaharui niat kita.


" Ya Allah , hamba datang nak solat ni. "


Alhamdulillah, perkara ini yang diberitahu oleh guru saya,  Ustaz Marshidi ketika tazkirahnya di surau kami. Semoga Allah berkatimu guruku. Amin .

Cakap kembali niat kita itu dalam hati. Supaya ianya rasa baru, bukan jadi kebiasaan sahaja walaupun kita menganggap bahawa kita sudah mendirikan solat itu.


Pernah kita semua rasa dan perhatikan akan perkara ini !?




Memang kita sudah menunaikan solat kita itu, namun kita akan dapat rasa kurang sedap.  Melainkan bagi golongan-golongan yang Allah pelihara ini.


 Ya Allah, Engkaulah tujuan kami. Tiada Tuhan Melainkan Allah.


“…. Dan sesungguhnya solat itu sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, iaitu orang yang yakin bahawa mereka pasti akan bertemu dengan Tuhan mereka dan kembali kepada-Nya….”
Maka, sebelum memulakan solat, marilah perbaharui niat dalam hati. 
" Ya Allah , hamba datang nak solat ni. "

Benarlah, ada rasa dalam jiwa. Ada kewajipan solat yang bukan lagi kebiasaan. 




Semoga Allah sentiasa mengurniakan taufiq dan hidayahNya kepada kita semua , dalam melaksanakan kebaikan kepadaNya. InsyaAllah. 







2 comments:

Anonymous said...

I truly find this a interesting subject. Never looked at this subject in this manner. If you are planning to create more articles relating to this subject, I definitely will be back in the near future!

athirahjinal, IPOH said...

May Allah always be with you,insyaAllah. :)