Friday, October 12, 2012

BAIK ---> JANNAH


sepertimana pokok ada banyak ranting,seperti itu jugalah jalan kebaikan mepunyai banyak jalan.


Semua orang mahu masuk Jannah . Mahu pulang ke rumah asalnya. Sebab bapa kita, Nabi Adam berasal dari sana. Apabila kita memandang semua orang dan berbisik pada hati, semua orang mahu masuk syurga. InsyaAllah,kita tidak akan bersangka buruk dan memandang rendah pada mereka. 

Namun, bila kita masih belum mampu merasa demikian , terima rasa itu dan berusahalah memperbaiki diri. Allah lebih memandang pada usaha, bukan pada hasilnya. 

Tika mana seorang pesakit kanser (tak salah saya) bertanyakan pada Professor Muhayya, bagaimanakah caranya untuk dia menghadapi kesakitan ini.

Profesor Dr Muhayya menjawab , sebutlah : ' Ya Allah,aku terima sakit ini namun janganlah sampai ia mengganggu ibadahku padaMu. '

Lain orang lain cara. Dalam kita melakukan kebaikan ,bukan cara kita sahaja yang betul. 

Ada orang kurang solat sunat, tetapi dia lebih dalam puasa sunat.
Ada orang kurang puasa sunat , tetapi selalu bersedekah.
Ada orang dia tidak buat sebarang ibadah sunat, tetapi sangat taat ibu bapanya.
Ada orang kurang sedekah , tetapi dia suka menjamu orang makan.

Nah ! indah bukan aturan Ilahi.

Makanya ! Usah kita menyempitkan ruang kebaikan dan menyusahkan orang yang ingin berbuat baik dengan pandangan kita yang membantutkan .  

Seperti kata seorang Vlogger saudara Qawiem a.k.a Pelaut Rabbani 'berubah itu susah, jangan kerana kita yang susah bertambah payah.'

Bilamana kita berbuat baik, boleh jadi Allah uji dengan kesakitan kerana dengan kesakitan itu Allah mahu mengangkat keimanan  kita .

Benarlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tunggu kita gali dan ambil sahaja.

Ya Allah, hamba terima. Namun janganlah sampai hamba bersangka buruk dan memandang rendah dengan orang di sekeliling hamba. Amin

2 comments:

Anonymous said...

Whoa! This blog looks exactly like my old one! It’s on a completely different subject but it has pretty much the same layout and design. Outstanding choice of colors!

AthirahJinal, Mafraq Jordan. said...

So, my blog memories your old one yaa! Don't cry. :) U can leave ur blog links so i can visit yours.