Thursday, November 15, 2012

ALLAH ; PEMEGANG HATI AKU dan KAMU.


Pernah,
dalam kita semua berjalan,
bertatih dalam perjalanan kehidupan. 
Kita banyak bersabar 
dan  terus sabar.
Hingga pernah rasa penatnya aku selalu bersabar.

Salah kita.
Asbab tidak menyelak hikmah yang tersirat.
Di balik kesabaran.
Allah mahu beri kuat pada aku dan kamu.

Allah,kuatkan aku.
Pelbagai ragamnya manusia.
Ragam juga di hati aku.
Aku tak betah untuk menilai Ya Allah.
Akhirnya aku salah sangka.

Engkaulah Pemegang hatiku.
Biar sekeliling mencemuhku, asal Kau ada.

Ada lagaknya mengenaliku.
Bahkan tidak.
Mungkinkah cuba mencungkil.
Apa dalam hatiku. 

Carilah hikmah dalam setiap takdir-Nya.
Moga hatiku dan hatimu ,akan tenang.
InsyaAllah.

No comments: