Sunday, November 11, 2012

CINTA MERINTIS JALAN PANJANG.


Ya Allah,
dalam gerimis malam yang makin beku,
mahupun heningnya subuh.
Perhatilah hamba, tegurlah hamba,
tiap detik tiap saat.

Asbab kejahilan diri,
hamba tak nampak dosa2 yang bertimbun.
Hanya melihat kebaikan2 yang dilakukan,
rugilah hamba, jauhlah hamba dariMu.

Allah,
dalam perjalanan yang sangat panjang ini,
ada onak ada duri,
dalam takdirmu untukku,
hamba terima hamba redha,
cuma satuku pinta,
Kau bersamalah aku.
walau seisi dunia mencemuhku,

Allah, 
sayangilah Guru2 hamba,
yang dekat denganMu.
moga kan terbias keberkatan mereka.
menarik hamba yang kotor,
yang niat hamba tetap satu,
'mahu jadi orang baik'

atas nasihat Guru hamba,
niatlah menjadi baik,
maka Allah akan pimpin kita,
selawatlah banyak2,
agar Allah beri kita sifat Nabi,

Allah,
aku redha,
cuma aku mengulang,
bersama-samalah  aku,
walau buruk dan jijik sekalipun tingkahku.

Semoga diberkati.

No comments: