Wednesday, November 14, 2012

KABUS SYITA.

Jordan ini, sudah mula memasuki fasa Syitak=Sejuk. Selalu yang kita biasa Korea, London dan negara lain. Sebenarnya Jordan pun ada musim sejuk. Malaysia tiada, sebab Malaysia berada di tengah2 garisan Khatulistiwa. (masuk Geografi skek na. ^_^)

Tangan dah mula kebas, kaki dah mula cari lubang2 yang boleh tumpang, mulut pun dah mula berasap2. Alhamdulillah di sini, Allah bagi saya dan kawan2 merasainya.


Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk. (Surah Al Insan:13)

Kenikmatan yang Allah berikan kepada ahli2 syurgaNya, setelah mereka berpenat lelah di dunia. Bukan mudah, jauh sekali senang. Mereka tidak merasai suasana yang terlampau sejuk. Sedang2 g2.

Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik. (Surah Arrum: 42)



(sekita pukul 7.30 pagi yang dingin gila, Ammu dah memulakan pekerjaan membawa Taxi, untuk mencari rezeki.) 



                                              (halaman luar asrama, dibaluti kabus.^_^ )




(m00d : periksa hari nih. *!_!*)

(terserempak Fitrah yang nak pergi Kuliah dah, dengan Syifak Kecil. Gambatte!) 

 

          
(gambar atas; matahari musim luruh. gambar bawah; matahari musim syitak.
Sekitar 7.30 pagi )


(Pelajar Arab dah mula bergerak ke Kuliah. Mungkin mula Jam 8 pagi. Kami Jam 11.30 pagi.)


Kebanyakan Arab disini, boleh jadi semua, bila ditanya sejuk tak?, mesti mereka jawab "tak sejuk! " "Oh ! ottoke", bak kata Mirah Lonjong.

Sejuk bukan sekadar sejuk. Semua ini menunjukkan kebesaran Allah dan kekuasaan Allah mentadbir ciptaanNya.Tidak terkecuali satu pun. Bahkan daun yang gugur di tengah hutan pun Allah Maha Tahu. Semoga ini meningkatkan iman dan taqwa kita padaNya.Amin.


m00d: nak main salji, tapi takut beku. ^_^


No comments: