Monday, November 5, 2012

Kilang Roti.

Sebenarnya, saya nak pergi satu tempat ini. Ianya kilang roti. 

Saya suka nak pergi tengok mesin roti, kemudiannya tepung yang diadun dalam bekas besar. Diadun-adun, dibentuk2 menjadi roti, kemudian dibakar dan keluar dari tempat pembakaran. Ada sesiapa mahu bawakan. hehe ^_^

Dan kemudian paling penting, dapat bawa balik percuma, yuhuu !




 
(Gambar hiasan : Kilang Roti Gardenia)


Ini pula gambar2 di Kilang Roti The Italian Baker.
Sumber dari blog Cik Ina Manis ini.

 
(Pekerja memantau doh.)


 
(Doh diperap. Suka hati saya ja. :) )

 
(sebuku roti yang sudah siap akan disejukkan dulu baru dipotong.)

Anda boleh bayangkan?!
Kesistematikan pengurusan mesin2.
Ia keluar dari ketuhar.
Dan pembungkusannya yang rapi.
Moga suatu hari nanti saya dapat pergi.

Di Jordan ini pun ada, bila2 saya curi tangkap gambarnya kilang 'mini' . Sini kecil namun mantap la kan!  

Joradan, roti sangat murah lakan.Ia kan makanan utama mereka, selain mereka juga makan nasi namun bukanlah makanan asasi seperti kita. 

Saya berazam sebelum habiskan pengajian di sini,saya akan pergi melihat proses pembuatan roti di Jordan ini,insyaAllah. Moga Allah permudah. :)

Semoga kita sentiasa ditingkatkan iman dan takwa kepadaNya. amin. 

No comments: