Monday, December 3, 2012

MEMANDANG MASALAH , DIDIKAN ALLAH.

Alhamdulillah, hari ini kita masih bernafas sebagai seorang Muslim, semoga mukmin ! Di saat saudara2 kita sedang berjuang untuk hidup di Palestine,Syria, Burma dan di atas muka bumi ini. Namun, itulah yang lebih baik. Mati dalam menegakkan syiar Allah di dunia ini ,  mengaut keuntungan di akhirat, tak nampak dek mata.

Anak2 kecil yang syahid, kini sedang berkejar-kejaran bersama teman mereka di syurga. Seronok mereka ! Para mujahidin, sudah merasai keindahan tempat asal mereka,yakni syurga.


 









Kerana apa?!
Kerana bapa kita Nabi Adam berasal dari situ, 'syurga' ! ^_^

Merenungi  Firman Allah SWT,dalam surah Ali-Imran: 169,170. 

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki (169).


 (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka memberi perangsang kepada orang-orang yang belum (mati) menyusul di belakang mereka bahawa mereka tiada merasa takut dan tiada merasa duka cita”. (170) 

Huraian ayat 

Dalam ayat ini Allah SWT berfirman kepada orang-orang yang beriman supaya tidak bersangka seperti sangkaan orang-orang munafik yang mengatakan orang-orang yang terbunuh dalam peperangan fi sabilillah itu mati begitu sahaja, mayat mereka akan hancur dimakan ulat kemudian menjadi tanah. 

Sebaliknya orang yang mati syahid itu hidup di sisi Allah SWT dan diberi rezeki. Kebanyakkan ahli tafsir menjelaskan ayat ini ditujukan kepada para syuhada yang telah terbunuh dalam peperangan Uhud. Ini berdasarkan sebuah hadis soheh, 

“Daripada Jabir bin Abdullah, (bahawa pada waktu dia duduk termenung bersedih hati, kerana ayahnya baru saja mencapai syahidnya dalam peperangan Uhud itu, antara tujuh puluh syuhada), Rasulullah saw datang menghampiri, lalu baginda bersabda: “Jabir! Apa yang menyebabkan engkau termenung demikian rupa?” Lalu Jabir menjawab terus-terang tentang kesedihannya dengan berkata:

“Ya Rasulullah, bapaku mati syahid dalam peperangan Uhud dengan meninggalkan keluarga serta hutang.” Maka bersabdalah Rasulullah: 

“Inginkah engkau aku berikan khabar gembira tentang bagaimana ayahmu disambut oleh Allah Ta’ala?” Jabir menjawab: “Tentu aku ingin, ya Rasulullah”.

Lalu Rasulullah saw bersabda lagi: “Kalau Allah hendak berbicara dengan salah seorang hambaNya hanyalah dari balik Hijab. Tetapi ayahmu dihidupkan dan Allah bercakap dengannya berhadapan!” Lalu Allah SWT berfirman: “Wahai hambaKu, sebutlah apa yang engkau ingini, nescaya Aku beri!

Maka dia menjawab: “Permohonanku hanya satu, ya Tuhanku. Hidupkan aku sekali lagi supaya aku mati terbunuh kedua kali, pada jalanMu!” 

Lalu Allah SWT menjawab pula : “Telah tertulis, bahawa orang yang telah mati, tidak akan kembali lagi!” Maka turunlah ayat ini:

"Dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki ”

Para ulama berbeza pendapat dalam menghuraikan maksud hidup dalam ayat ini. Menurut satu pandangan mengatakan yang hidup itu ialah rohnya. Pendapat lain pula mengatakan yang hidup itu ialah roh dan jasadnya sekali. Maksudnya jasad orang yang mati syahid itu tidak akan hancur di dalam kubur. 

Sebagaimana satu kisah di zaman Muawiyah bin Abu Sufian menjadi khalifah Islam, beliau hendak membuat saliran air melintasi perkuburan para syuhadak. 

Justeru Muawiyah meminta waris keluarga simati yang terkorban itu untuk dialihkan ke tempat lain. Apabila mereka menggali kubur tersebut, mereka dapati badan mereka masih segar. Salah seorang daripada jenazah itu jarinya terkena alat penggali kubur lalu mengeluarkan darah. 

Ada yang juga pendapat mengatakan yang dimaksudkan hidup itu ialah nama mereka akan hidup dan segar dalam ingatan orang ramai. Manakala ulama salaf pula berpendapat wajib kita mempercayai bahawa orang-orang yang mati syahid itu hidup, tetapi bagaimana mereka hidup, tidak usahlah kita memikirkannya kerana ia termasuk dalam perkara Sami’yat. (Perkara ghaib yang wajib diimani). 

sumber : SINI 

Sebenarnya, baru2 ini,betapa kuat keinginan saya untuk pergi berjihad. Pergi+berjuang= syahid. Namun, apakah betul niat saya ketika itu. Kerana tika itu, saya sedang 'diziarahi' dengan ujian perasaan yang agak dasyat. Fikir kembali, macam nak pergi bunuh diri ja. Na'uzubillahimin zalik ! Moga Allah iring !

Saya fikir kembali, sebenarnya hanya saya ingin lari dari masalah ini. Tanpa cuba menyelesaikan. Masa itu saya sangat2lah serabut. 

Dalam proses bersabar , kita perlu bersabar. Begitulah pesan Ustaz saya ketika saya di alam sekolah menengah. Bukan hanya bersabar, namun bersabar dan terus bersabar. Itulah yang cantik !

Alhamdulillah, kini saya berjaya hadapi perasaan itu. Allah ! ku serahkan diri ini padaMu semata-mata, kerana aku jahil akan keadaan diriku sendiri, aku jahil apa yang terbaik untuk diriku sendiri.

Kerana saya hamba !
Dan ada ujian didikan dariMu sepanjang kehidupan ini, asbab ada sesuatu yang telah Kau rencanakan untuk hamba nanti.

Redha Allah bersimpang siur dalam ragam manusia yang pelbagai. Tinggal, kita perlu bijak meneliti dan mencuba. Seiringkan akal fikiran dan hati. Bukan suka kita, tapi suka Allah!

Dari pemerhatian saya juga, dalam pergaulan kita seharian, kita sering merendah2kan diri kita. Kita perlu merendah diri, namun jangan sampai hilang keyakinan pada diri.

Nak bercakap pun takut.  
Rasa bila buat ini, akan jadi begini. Sedangkan kita tak tahu apa yang akan berlaku. Kita terlalu banyak beranggapan. Kononnya 'berpandangan jauh'. Sebenarnya membantutkan pembinaan positif diri sendiri .

Jika kita tak hargai diri kita, memandang tinggi pada diri kita. Perit !
'Nak tunggu orang puas hati dengan kita, boleh sakit jiwa dibuatnya. Buatlah apapun, asalkan tetap dalam landasan syariat yang Alllah redha, dan saya; bertanya pada guru yang bimbing saya. '

Sebab apa saya cerita, sebab inilah yang saya alami. Pergolakan 'jiwa' = didikan Allah. Alhamdulillah,lepas berjaya melaluinya dengan pertolongan Allah semata2 ! Ada kekuatan dan keyakinan Allah bagi, lepas saya rasa jatuh3 dan lemah3 !

Tiada daya melainkan kekuatan dari Allah.

Sebenarnya, tajuk ini saya saya tukar sikit dari tajuk asalnya. Dari blog Us Pahrol, ini penulisan saya sendiri. Untuk baca blog Us Pahrol,  MASALAH ITU DIDIKAN ALLAH…

Semoga menambahkan keyakinan dan penghargaan untuk diri sendiri. 


Ya Allah,ampunilah dosa2 kami, kami serahkan nasib diri kami kepada Engkau semata-mata. Amin.

Mood : penulisan ini ditulis, dan paginya saya ada 'exam',hehe... Doakan kejayaan saya. ^_^







No comments: