Friday, December 7, 2012

Oh Makananku, Oh Mulutku !

Alhamdulillah, nak makan apa pun dapat.
Bila masih merungut jugak, tak tahulah nak kata apa
Itu yang tak sedapnya.
Laju saja mulut kita bila kritik.
'Ini tak sedap', 'itu tak sedap'.
Penat lah macam tu.
Come on lah !


Rasulullah yang mulia, tidak mencela makanan. Semoga kita dapat mencontohi sikap Rasulullah yang mulia ini. 

Allahumma solli 'ala saidina muhammad wa'alaali muhammad.

Sabda Rasulullah yang bermaksud :

 Abu Hurairah ra. berkata : “Rasulullah SAW tidak pernah sedikit pun mencela makanan. Bila beliau berselera, beliau memakannya. Dan jika beliau tidak menyukainya, maka beliau meninggalkannya.” (HR. Bukhari Muslim) 

Tambahan lagi, duduk di Jordan ini, lebih2 lagi perlunya penghargaan saya pada makanan. Asbab nilai matawangnya yang 'cekik' jugak. 1JD= RM 4.30.


Apapun ! sama2 kita ingat, orang yang mengaji agama ini, Allah sudah menjaminkan rezeki untuk kita dan mereka. :) InsyaAllah, takkan mati kelaparan punya. Yang ada hanya orang yang mati hatinya. Na'uzubillahiminzalik.


Bahkan anjing tepi jalan yang tak ambil SPM pun ada rezekinya, apatah lagi kita, serba sedikit kata2 dari Ustaz Azhar Idrus.


Cerita 1.

Teringat saya masa mula2 sampai Jordan, ya la kami pelajar baru ini tak biasa lagi dengan rasa masakan Jordan. 


Masa 'Minggu Haluan Siswa' lebih kurang minggu orientasi, dapatlah setiap sorang peserta roti berinti s0s+telur. Masa makan2 sambil dengar 'ceramah' tu, sumbat r0ti pasai lapar sangat k0t. Ada yang makan sikit ja. Dan lepas2 tu, kakak seni0r habaq, "awat yang kamu semua ni lagu nih?!, makanan yang kamu tinggal tu , syabab sanggup makan . Depa p0tong bahagian bekas kamu makan dan habiskan." . Sentap ! 




( lebih kurang begini, berinti telur dan s0s. cukup rasa.)

Lebih kurang begitulah ayatnya. Saya putar2 ayatnya, tapi sampai lah maksudnya. :). Betapa pandainya mereka menghargai makanan. Saya perlu mengakui akan sikap mereka yang tak pikir lama untuk buat sesuatu perkara. Berbeza dengan fitrah orang perempuan . 

Sebab itulah diciptakan sikap lelaki dan perempuan berbeza, agar saling melengkapi antara satu sama lain. Ya dak?! 


Cerita lagi.

Dan ketika hari pertama kami sampai di Aiport Jordan , Queen Alia namanya, kami pun naik 'coster' nak ke asrama kami , lebih kurang bas mini Malaysia. Ammu berhenti tepi jalan untuk beli buah or air, dan ada ammu yang jual 'halawiyat' yakni manisan di tepi jalan, dengan pemurahnya dia bagi kami satu pinggan halawiyat. Mula2 tengok macam kek juga, dia warna kuning. Teruja k0t masa tu !  Cumanya bila dah rasa, kami semua tinggal. huhu. "Takleh nak p orang utagha cakap." Minta maaf. Itulah makanan pertama kami di Jordan. Pastu semua terus mintak air,lawak3. ^_^


Cerita Us Hasrizal pula.

Ustaz Hasrizal juga pernah mencoretkan kisah beliau semasa beliau di Turki, dalam bukunya (saya tak ingat buku yang mana satu) dan ada juga dalam blog beliau.  

Ibu pada sahabatnya ; bila ada nasi lebih dalam periuk, ibu akan rendam dengan air dan tapis. Kemudian ambil nasi yang ditapis tu. Supaya apa... supaya tidak membazir ! Semoga kita semua dapat mencontohi perilaku sebegini. 


Selalunya bila kawan2 tanya komen masakan mereka, saya akan jawab 'ha...cukup rasa' ataupun 'tambah garam sikit la' . Pernah sangat ja komen kata, 'eh ! sedapnya. Sambil muka teruja dapat makan.' hehe. Allah jualah yang menggerakkan dan mengurniakan !  


Semoga apa yang dilakukan asbab mencontohi akhlak dan adab Rasulullah yang mulia, moga Allah iringi kita bersama. :)  

Bila kita makan makanan yang sihat, kita jadi sihat. Maka! jom makan makanan sihat,halal dan suci. 


Ya Allah,Kau kurniakanlah rezeki yang halal lagi suci kepada kami,amin.




No comments: