Friday, February 8, 2013

Kehidupan Para Tabi'en : Rufai' bin Mihran.

Menelusuri kehidupan para tabi'in, iaitu orang yang hidup selepas kewafatan Nabi Muhammad Rasulullah. Membaca buku '37 Kisah Kehidupan Tabi'in' karya Dr Abdul Rahman Ra'fat al-Basha, menenangkan hati mengenangkan insan2 mulia ini. Dalam setiap inci kehidupan mereka,ada hikmah dan kebaikan yang kita boleh ambil dan amalkan dalam kehidupan.Merekalah golongan yang telah dipilih oleh Allah, yang dekat dengan para sahabat dan biah yang solehah , agar kita mencontohi akhlak terpuji mereka.

Rufai' bin Mihran. Dikenali sebagai Abu al-Aliyah. 

Siapakah beliau? Beliau salah seorang tokoh Islam yang terkemuka dan contoh ahli al-Quran dan hadis yang agung. Beliau sangat memahami Al-Quran ,segala selokbeloknya dan mendalami segala maksud dan rahsianya. 

Kata2 hikmah Rufai' bin Mihran. 

" Orang yang membersih diri bukanlah orang yang membersihkan kekotoran di badannya dengan air. Orang2 yang membersihkan diri ialah orang2 yang memebersihkan dosanya dengan ketakwaan. "

" Latihlah dirimu supaya sentiasa menerima ilmu dan kerapkanlah mencarinya.Sedarlah bahawa ilmu tidak akan datang kepada orang yang pemalu dan orang yang sombong.Seorang pemalu tidakakan bertanya kerana terlalu malu. Orang yang sombong pula tidak akan bertanya kerana sikap sombongnya. "

"Amalkan segala perintah Allah dan dekatilah orang2 yang mentaati Allah kerana ketaatan mereka.jauhilah dosa dan musihilah orang2 yang melakukan dosa kerana dosa yang mereka lakukan. Setelah itu serahkan nasib orang2 yang melakukan dosa ini kepada Allah. Allah mungkin akan menghukum mereka dan mungkin akan mengampunkan mereka."

"Jika kamu terdengar seseorang memuji dirinya sendiri dengan berkata,'Aku sukakan sesuatu kerana Allahdan aku bencikan sesuatu kerana Allah' . Aku lakukan semua ini kerana mengharapkan keredaan Allah dan akan menjauhi perkara ini kerana takutkan Allah." "Janganlah terpengaruh dengan apa yang dikatakannya itu."

Sedih kerana tidak berpeluang bertemu Nabi. 

Beliau sentiasa merasa sedih keran tidak berpeluang bertemu Nabi. Maka beliau menggantikan rasa sedih ini dengan mendampingi sahabat2 baginda yang diredhai Allah. 

Anas bin malik suatu waktu telah menghadiahkan beliau sebiji epal yang ada di tangannya. Lantas Abu al-Aliyah mengambil epal itu dan menciumnya sambil berkata: " Epal ini telah disentuh oleh tangan yang pernah menyentuh tangan Rasulullah . Epal ini telah disentuh oleh tangan yang berpeluang menyentuh tangan Rasulullah.

Semoga Allah membantu kita dalam mencintai kekasihNya. Allahumma solli 'ala saidina muhammad wa'ala ali saidina muhammad.

Kain kafannya.

-Beliau telah menyediakan kain kafan untuk dirinya sendiri. 
-Beliau akan memakai sekali dalam sebulan .

Pada Syawal tahun ke73 hijrah, Abu al-Aliyah pergi menemui pencipta yang agung. Hilang seorang permata ummah umat Nabi Muhammad ini. Beliau pergi dalam keadaan yakin rahmat Tuhannya dan rindu bertemu kekasihNya yang mulia.

Allah rahmati beliau. Semoga Allah membantu kita mencontohi kehidupannya yang soleh dan bertaqwa. insyaAllah, amin3.


No comments: