Saturday, February 2, 2013

Mengapa Yahudi Bijak ?

by: Dr stephen Carr leon
Mengapa Yahudi Bijak? 




Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di

 sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, 


iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.



Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang, 


engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia 

memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari 

kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan 

sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung 

hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? 


Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah 


manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun 

tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat 

hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa 

hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.


Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan 

awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan 

dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal 

melahirkan zuriat. 



Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya

 perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa 


akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya 


sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik 


dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh 


kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. 


Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?



Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang 


melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat 


saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik 


tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan 


anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung 


beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah 


hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan 


badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk 


perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat 


merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan




Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi 


semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak 

ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara 

pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan 

ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak 

akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak 

elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

 


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah- buahan dahulu sebelum memakan 


hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan 

dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat 

(nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk 

dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.Di Israel, merokok adalah 

taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa 

malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah 

mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat 

merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna 

keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).


Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para 


perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… 


tekalah sendiri..!)



Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan 

anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, 

diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak 

Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan 

Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu 

kewajipan. 

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat 

meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini 


menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) 


maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 


1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran 


sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan 


anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun 


kebelakang!!!.






Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi 

sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, 

menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih 

otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk 

perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di 

sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta 

produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap 

diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu 

akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan 

ialah fakulti perniagaan. 


Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang 

perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki 

melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda 

(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? 

Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik 

Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! 



Siapakah yg  mencipta design Levis yg terkini?


Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara 


orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan 

kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan 

oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh 

umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita 

supaya bertambah aktif. 




Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai 


adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran 


mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, 


Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes 


(sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan 


memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama 


dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.




Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di 

Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan 

perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan 

disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka 

sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New 

York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.


Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh 


dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi 

mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan 

latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. 

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik 

untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-

kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak 

mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, 

seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan 


mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat 

memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk 

perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan 

sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan 

sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran 

mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka 

bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar 

Manhattan!!


Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah 


menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di 

mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda 

akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan 

penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil 

apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa 

selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa 

Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? 

Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu 


zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik 

dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg 

bijak seperti Yahudi? 

Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan  perubahan, dari segi 

pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan  3 generasi sahaja.


Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui 

program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat 


menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya 


gemarkan tomato!'



Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak  dan bersifat mulia 


untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

No comments: