Monday, February 4, 2013

Rahmat Allah.


Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta). (surah An Nur :20 )

Bismillah.
Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Apa yang pasti , semakin bertambah umur semakin dekat kita dengan kematian. 


Perlukah Allah mencipta kematian untuk manusia? Tak bolehkah kita terus hidup di dunia ini, bukankah Allah Maha Pengasih maha Penyayang?

Bahkan Allah menciptakan kematianlah sebagai tanda kasih sayangNya. Orang2 beriman, mereka tidak sabar2 untuk meninggalkan duna ini, kerana kematianlah salah satu cara untuk berjumpa dengan kekasih yang agung, Allah. 

Sedangkan orang2 yang tidak beriman, takut untuk meninggalkan dunia ini, takut untuk meninggalkan kesedapan2 yang ada di dunia ini. Kitakah itu ?! Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari keburukan.

Dalam kita melakukan kebaikan, kita merasakan bahawa kebaikan itu kita yang buat, segala amal2 soleh atas upaya kita sendiri. Sebab itulah boleh adanya sifat riak, ujub dan sewaktu dengannya. Mari kita letakkan dalam diri kita, bisikkan dalam hati kita, 

"Kebaikan yang aku lakukan ini semuanya datang dari Allah, tiada satupun yang aku buat."

Ada kata2 saya tak ingat dari mana, 

"manusia masuk ke dalam syurga bukan sebab amal2 dia, tetapi semata2 rahmat dari Allah."

Kalau Allah tak perkenan masuk syurga, tak masuk kita. Tapi syurga itu sendiri merupakan satu bonus kepada orang2 yang beramal soleh. Kita mahu kembali ke tempat asal kita, syurga ! Nabi Adam sendiri berasal dari syurga.

Orang soleh melakukan amal soleh. Orang2 zalim melakukan perkara2 zalim .

Sesungguhnya orang2 soleh melakukan ibadat kerana "aku hamba yang diciptakan untuk beribadat, bukan untuk mendapatkan ganjaran."

Semoga dengan kita membisikkan kata2 ini dan terus menerus dalam berzikir mengingatiNya, Allah akan sentiasa mengiringi kita dan melimpahkan rahmat kasih sayangNya kepada kita. insyaAllah, amin3.

"Kebaikan yang aku lakukan ini semuanya datang dari Allah, tiada satupun yang aku buat."

Ya Allah tingkatlah iman dan takwa kami kepadaMu, dan bantulah kami dalam beribadat kepadaMu.amin3.

No comments: