Sunday, February 10, 2013

Seiring sehaluan : aqidah, akhlak, ibadah.

Hadis 2 :  Islam, Iman, Ihsan.

[ikatan+aqidah.png]


Fitrah manusia sukakan benda yang baik,bersih, indah , lawa, wangi.
Dalam kehidupan kita, seiringkanlah 3 benda .
Yakni aqidah,akhlak dan ibadah.
  
Iman :Aqidah.

Beriman sebenar2nya kepada Allah Pencipta kita dan Rasulullah yang mulia.
Dalam setiap masa dan dimana, bersama siapa saja kita berada, sikap kita tetap sama. 
samada kita berseorangan atau berkumpulan, kerana kita mahu belajar  jujur pada Allah dan pada diri. Semua yang kita lakukan adalah benda baik semata , sebab kita tahu benda baik soleh mengundang keredhaan Allah. 

Ihsan : Akhlak yang indah.

Berusaha untuk mencontohi qudwah hasanah yang tebaik, iaitu Rasulullah . Akhlak baginda adalah Alquran. Bermakna setiap sudut yang terkandung dalam Alquran Karim, baginda telah amalkan. Indah seindahnya akhlak baginda. Bermula dari bangun tidur sehinggalah kita akan tidur kembali, ada aturan2nya yang baginda sisipkan untuk kita menyelaknya. Semoga Allah membantu kita dalam mencontohinya.

Islam : Ibadah.

Syarat ibadah yang sahih adalah :

1/ niat kerana Allah semata2
2/ mengikut syariat yang telah ditetapkan.

Solat subuh 2 rakaat, tapi bila kita rajin lebih, rasa nak buat jadi 4 rakaat pulak. Itu sudah jadi tak sahih tu hai teman."Mungkin kalau aku buat lebih nih, Allah jadi sayang lebih kat aku", itulah kata hati  tanpa ilmu. Makanya, untuk mengetahui yang betul dan salah, kita kena jadi orang berilmu. Kena belajar ilmu yang haq dan yang batil . Supaya kita buat ibadah pun betul, insyaAllah. 


No comments: