Friday, March 15, 2013

Allah memandang hambaNya.

Surah Faatir : 31

29. Sesungguhnya orang-orang Yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan Yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan Yang tidak akan mengalami kerugian.

30. supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas Dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang Yang bersyukur kepadanya).


31. dan Al-Quran Yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) ialah Yang benar (segala-galanya) Yang tetap mengesahkan Kitab-kitab Yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha melihat dan memerhatikan.


Allah bantulah hamba dalam mencintaiMu, mencintai kekasihMu, membaiki amal ibadahku dan bantulah aku dalam masaku. insyaAllah. amin

No comments: