Sunday, March 10, 2013

Hari Kiamat dekat !

Surah Al-Anbiya' : 97

Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba2 terbeliaklah mata orang yang kafir. (Mereka berkata): " Aduhai celakalah kami, sesungguhnya kami berada dalam keadaan yang melalaikan daripada memikirkan tentang ini,bahkan kami adalah orang yang menganiyai diri sendiri".

Doa Nabi Yunus yang berbunyi, 




 ~ Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, 
Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri ~


Nak tak nak, hari kiamat sedang mendekati kita. Sedar atau tak sedar ja. Kita semua ni, umat Nabi Muhammad dalam akhir zaman. Kitalah yang last, sebab Nabi Muhammad sendiri adalah penutup segala Nabi. Tanda2 kiamat pun dah lama, dah banyak sangat dah nampak.

Hmmm...zina, lepas itu dapat anak,and then buang anak. Takutlah . Takut semua itu. Pemimpin kita tak buat apa2 kah? Adakah pemimpin kita sendiri yang menggalakkan pada hiburan itu? Kita semua boleh nilai sendiri , kan !  Ya Allah,bimbinglah kami, selamatkanlah kami. 

Kalam orang soleh ada kata, janganlah kamu bersangka buruk kepada orang kafir,mana tahu mereka yang mati dalam keadaan beriman. Kita hanya mampu doakan mereka.



Us saya ada pesan,doalah banyak2. Doa agar kita mati dalam Islam. Sekurang2nya kalau mati dalam Islam, kena seksa  kemudian dimasukkan ke syurga. Sebenarnya pesanan nih , Us nak bagitahu sangat, sangat rugilah orang yang tak mati dalam Islam. Ya Allah,bantulah kami. Ampunkan dosa2 kami.

Cuma, setakat manakah orang islam yang kita mahu jadi?! Apakah sekadar Islam hanya pada  nama? hanya pada kad pengenalan kita? Hanya pada keturunan kita?



Apakah akhlak dan sikap kita memberi gambaran yang baik pada diri kita sendiri dan orang2 sekeliling kita samada Islam mahupun bukan islam, tentang sikap dan akhlak terpuji yang Rasulullah ajarkan?!  

Malulah kita pada hari ketika Allah menghimpunkan kita semua, ada tayangan segala perbuatan kita. Dari hal yang sekecil-kecilnya hinggalah sebesar2nya. Dari soal titik2 hitam dalam hati kita , solat kita . Saat kita berseorangan dan saat kita dalam keramaian. Ya Allah , bimbinglah kami selamatkanlah kami.



Hari kiamat sudah mendekat, apakah amalan kebaikan dan soleh sudah sebati melekat, pada diri kita? Atau hanya menyangka hebat walhal jauh terpinggir dari Allah sebenarnya? Nauzubillahi min zalik.


Buatlah baik sebagai bekalan di hari sana nanti, dan sebab kita memang status hamba. Buat apa yang tuan suka . Kan?!

Semoga Allah sentiasa membantu kita dalam mentaati perintahNya dan meninggalkan maksiat kepadaNya. InsyaAllah,amin.


No comments: