Friday, March 8, 2013

Kopok lekor Jordan .

Alhamdulillah, sejak2 nih, saya dan ahli rumah menjalankan perniagaan kopok lekor. Alkisahnya saya memang suka berniaga. Allah bagi idea, dia datang nak buat kopok lekor. Tambah2 kat sini Jordan, jarang2 lah kalau dapat pun.  

( gambar hiasan : keropok lekor jordan )

Cuma apa sepanjang saya lalui ni, nak kongsi sikit , buat jangan kerap . Kami sendiri setakat ni, seminggu sekali jual. Dapat dalam 30 plastik. Tak daya sebenarnya nak buat dalam kuantiti banyak. 

Dan sekali kita rasa nak buat dan dah ada perancangan tu, buat terus. Jangan tangguh2 kan niat kita.

Masa nak buat tu, niat semoga siapa2 yang makan nih, jadi orang baik dan dilembutkan hati. Moga ada berkat lah di situ.

Seronok rasa dapat masak2, dapat niaga, ambil pengalaman. Masa tengah goreng2 tu terfikir macam mana orang2 Kelantan n Ganu nih buat banyak camnih. Ini mesti sebab depa suka buat+ minat sama kan. Dan bila dah buat banyak2 kali tu, kemahiran dia dah ada. Rasa sekejap ja tiap kali buat tu. 

Lagi satu , sebab sumber rezeki 9/10 beasal dari perniagaan. Mengikuti sunnah Rasulullah . Sollu 'ala nabi. 

Setakat ini dahulu, selamat maju jaya semua, dalam semua bidang yang anda ceburi. Buatlah semuanya dengan terbaik. :) 

No comments: