Sunday, March 31, 2013

Masyuk Baca.

Fasa sekarang, saya gila baca. Rasa nak baca semua.


Saya suka baca macam kajian ilmiah, sebab saya kagum dengan mereka ini. Kalau nak buat kajian ilmiah, perlukan rujuk buku itu buku ini. Makanya,mereka telah menghabiskan masa mereka dengan menelaah kitab2. 

Ada peluang nak join, nak buat. InsyaAllah, doakan saya ya. 

Antara blog yang saya suka baca adalah laman web oleh pelajar Mesir. Nama blog mereka MANHAL. 

Nak baca , klik MANHAL. Tak rugi, tak nyesal ! ^_^



Pada amatan saya,mereka adalah orang2 yang berjaya. Berjaya memanfaatkan teknologi dengan sebaiknya. Disertakan dengan senarai kitab rujukan dalam penulisan ilmiah , menjadikan kita bertambah2 yakin untuk membaca. ^_^

Lagi saya suka baca kisah2 pengalaman orang. Penulisan mereka berdasarkan kehidupan seharian mereka. Berkongsi cara2 dan kisah manis masam hidup. 

Isu Semasa wajib dihadam, tapi itu yang liat sikit. 

Lagi, tulisan2 ilmiah , tulisan2 yang merangsang pemikiran contohnya penulisan Us Hasrizal. Pada amatan saya lagi, penulisan Us membuatkan kita berfikir, bukanlah semata2 bahan bacaan sahaja. Blog Us Hasrizal.

Di sana juga , Us kongsikan banyak petua dan pengalaman  dalam alam rumahtangga, dalam pendidikan anak2.

Lagi, blog Us Pahrol. Menjentik jiwa. Membaca tulisan2 beliau jatuh hati rasa. ^_^ 


Bila dah besar sikit nih, dah merajin2kan diri dengar video Inggeris kat Youtube. Video Us Zakir Naik. Us Zakir Naik nih, Allah kurniakan beliau dengan pemikiran yang hebat, ditambah lagi dengan usaha beliau sendiri , dapat menghafal Kitab2 agama lain contohnya Kitab agama Hindu dan  Kitab Bible. Sekali dengan mukasurat berapa dan baris berapa. Hebat2 !

Ramai orang non-muslim yang bertanya soalan pada beliau, masuk Islam asbab hidayah Allah melalui jawapan2 beliau.


Masa duk tengok2 tu, saya ulas pulak, patutlah ramai pendakwah dalam kalangan mereka berusia. Sebab masa muda2 mereka itu digunakan untuk menghafal dan menuntut ilmu seiring dengan mereka menyampaikan  ilmu itu kepada masyarakat. Hebat2 ! Semoga saya dapat mencontohi mereka.

Antara video Us Zakir Naik .

Rangkaian video di SUNNAHRASUL, yang ada Subtitle BM.

Saya yakin, dengan bahan pembacaan yang kita pilih dengan betul, semua ini dapat meningkatkan kematangan dan pemikiran , supaya dapat berfikir lebih jauh ke hadapan . Percayalah ! dengan membaca ini sudut pandangan kita akan berubah dan dapat membuat penilaian dengan baik. 

Apa pandangan kawan2 ? ^_^

Membaca jambatan ilmu. 

No comments: