Friday, March 15, 2013

Sabar.

Mahukah kita mendapat marah yang berpahala?



marahlah kerana Allah, bersangkut paut dengan kita. Di sana ada ruang mendapat pahala. kita sembunyikan marah kerana di sana dipuji Allah. 

Ayat AQ: "....sembunyikan marah dan memaafkan manusia..."

sifat orang baik dan berakhlak tinggi, kalau dia marah dia akan sembunyikan marahnya dan dia maafkan manusia.

Kelebihan orang yang sembunyi marah, mereka bakal masuk ke syurga tanpa hisab.

Itulah sikap yang dipuji Allah.

Yakni orang yang bersifat dengan lemah lembut. Sebenarnya tak lemah lembut lagi. Dia baru nak blajaq berlemah lembut.

Kata ulama' : sifat lemah lembut lebih afdhal daripada sembunyikan marah.
kalau ikut hati memang marah, tapi dia tahan marah.

kata ulama' :Orang yang bersifat lemah lembut, itu menunjuk kesempurnaan akal.
dia dikuasai akal, tak dikuasai nafsu. dia dapat pecahkan kekuatan marahnya.

tapi kalau bersifat tahan marah, dia cuba baru try. Kalau sifat lemah lembut, memang macam tu sifat dia.

namanya akan diseru diatas kepala manusia pada hari kiamat nanti. Tuhan glamourkan nama dia.

Kita tahu dia bersifat lemah lembut melalui 2 perkara:

1. masa dia cakap.
2. tengok tingkah laku.

waktu cakap, boleh marah. tapi dia tahan. kalau dia nak maki boleh dah, nak hina boleh dak, tapi cakapan dia masih konsisten. memang dikawal oleh akal. memang dia lemah lembut. tiada contoh lebih baik melainkan Rasulullah.

-Sheikh Zainol Asri-


SABAR : http://www.youtube.com/watch?v=oGEE2Vyy_Tw