Friday, March 8, 2013

Syaitan yang takbur.

Perkongsiaan dan Godaan Syaitan Menyebabkan Kekufuran Manusia.  (Surah  al-Isra' : 61-65)

Pada permulaan ayat ini, Allah memerintahkan supaya semua bersujud kepada nabi Adam, namun Iblis enggan kerana sifat takburnya, memandang rendah kepada Nabi Adam yang dibuat daripada tanah. Iblis lalu meminta kepada Allah supaya memberinya umur yang panjang agar dia dapat menyesatkan anak2 Adam sehinggalah ke hari kiamat. 


Maka Allah memberitahu barangsiapa yang mengikuti Iblis akan dimasukkan dalam neraka jahanam. Allah memberi kesempatan kepada Iblis untuk menyesatkan manusia dengan segala kemampuannya. Tetapi segala tipu daya syaitan itu tidak akan mampu menghadapi orang2 yang beriman. 



Dapatlah kita lihat di sini, Iblis dilaknat Allah kerana sifatnya yang takbur. Sifat takbur itu hanyalah layak bagi Allah sahaja sebagai pemilik dan pencipta kita. Sama2 kita berlindung kepada Allah daripada sifat takbur yang membinasakan.

Kita sebagai hambaNya , kena jadi hamba yang sebenar-benarnya pada Dia. Tidaklah Allah menciptakan kita melainkan untuk beribadah kepadaNya. Maka, setiap segala yang kita buat, kita sentiasa dalam lingkungan sebagai hamba. 



Bila dikatakan hamba itu, semua yang tuan kita suruh kita kena buat. Kena ikut kena taat, walaupun pernah juga rasa terpaksa. Tuan kita bayar kita. Kalau tuan manusia bayar dengan duit. Namun tuan kita yakni Allah memberi kita bermacam2 upah dengan oksigen, tubuh badan, kasih sayang , rezeki dan segala2nya lah. Sampaikan hambanya yang ingkar pun tetap dapat kasih sayang Dia. Semoga Allah sentiasa merezekikan kita dalam kebaikan. 



Tipu daya iblis nih bermacam2 cara. Cara yang halus, cara yang licik, cara macam jarum peniti. Halus g2. Iblis tidak berputus asa dalam mengajak kejahatan dan maksiat, menemani dia dalam neraka, apakah kita dengan mudah berputus asa dalam kebaikan?!




Semoga Allah sentiasa membantu kita dalam kebaikan dan ketaatan kepadaNya. InsyaAllah amin.






No comments: