Monday, April 8, 2013

Anak2 Perak kiter !



Alhamdulillah, percutian selama lebih kurang 3 hari 2 malam bersama anak2 Perak seJordan, terbaik lah teman cakap ! ^_^

Masa mula2 tu, ada ja rasa tak nak pergi. And then pergi jugak . Kite nih dok ingat biasa2 saja, mungkin takdak apa yang menarik pon.

Tapi ! sampai2 ja kat sana, spesifik nama tempatnya chalet Summer Bay, rasanya area Aqabah jugak lah, seronok rasanya dapat bertentang mata, berbual mesra dengan anak2 Perak seJordan nih. Rupanya ramai lagi lah yang teman belum kenai dengan depa nih. :) Kawan2 lama teman pun, dapatlah teman bersua muka. Kalau sebelum nih hanya berhubung di alam maya ja, sejak tak jumpa lebih kurang 6 tahun jugak lah. Kuasa Allah, pantai Aqabah menjadi saksi pertemuan semula kami. Ayat tak boleh blah rasa. :)




Antara aktiviti sepanjang Anak Perak nih,hari kedua hari Jumaat, untuk syabab diadakan perlawanan futsal . Akhawat pula diadakan sukaneka (rasa macam sekolah rendah ja rasa bila dengar nya). Apa ya antaranya? Aqilah a.k.a eqi suka sangat yang nih, ceduk air laut pakai mulut, lagi lukis identiti kita sendiri pastu kawan kena cari . Saya bagi nama KRISIS IDENTITI. suka hati ja. Pastu lawan pecahkan belon group lain. 




Pastu rehat, sebab apa? sebab masa tu memang matahari atas kepala nak habaq mai, terbakor rasa. Trademark femes kat sini, "kiter bakor je lar". haha, lawak2.

Lupa nak cerita, masa sampai tu, mulut tak habis2 kata nak makan nasik lemak2. Alhamdulillah, memang makan nasik lemak sungguh. Nak cakap kat sini, memang terbaik lah nasik lemak bahagian PERSEGARAN masak. Walaupun 2 hari makan sarapan yang sama, pasti anak2 Perak kita nih akan merindui keenakan sambal nasik lemak yang manis2 tak pedas g2. Termimpi2. Kalau ya angguk. 




Masa dalam coster ond way balik tu pun,dengar syabab dok cerita kata depa suka lah dengan sarapan nasik lemak tu. Semoga terus maju jaya ! Katanya depa nih di Mu'tah berniaga jugak. Wallahu a'lam.

Kemudian, kami siap2 untuk ke Mesyuarat Agung Tahunan BKAPJ kali ke 13. Ia diadakan untuk memilih kepimpinan2 baru pada sesi yang akan datang sesi 2013/2014. Semoga kepimpinan2 baru yang dilantik ini, dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh semangat dan berdedikasi. Selamat maju jaya untuk Islam !


  
(akhawat sedang mendaftar)

(perarakan masuk kepimpinan)

(gimik penyerahan jawatan)


 Eh, sebelum tu kami makan tengahari dulu. Menunya ayam masak merah, memang best.  

Suka untuk saya memetik kata2 Mantan YDP Perak, saudara Badrul Naim. Kata beliau,

"Ahli perlulah memberi cadangan dan kritikan sepanjang pemerintahan, bukan tunggu semasa Anual Grand Meeting (AGM) ja , nak bantai pemimpin. " 

(lebih kurang begini ucapannya) . Maknanya kalau ada cadangan dan kritikan , suarakan terus kepada orang yang tertentu supaya mereka nih dapat ambil perhatian pada perkara tersebut.


(YDP Perak : saudara Izzul Akmal )

Lagi, saya memetik pula kalam YDP Perak bagi sesi 2013/2014, saudara IZZUL AKMAL BIN KASIM. Kata beliau :

"Rakyat yang baik adalah rakyat yang mengkritik pemimpin. Jika tak kritik, dia bukanlah rakyat yang baik. Pemimpin ini merupakan kuli kepada rakyat."

Beliau memetik kata2 Sadina Umar. " kalau aku tak betul,luruskan aku.maka ada seorang arab ini bangun dan berkata, 'kalau engkat tak lurus ,pedang ini yang akan meluruskan engkau.'

Beliau turut memetik kata2 Tuan Guru Nik Aziz: 

Pemimpin ini , Derita dunia,penyesalan akhirat.

Hebat sungguh ucapan dari YDP baru kita ini, rasa seperti berada dalam ceramah ja rasa. ^_^  . saya mendoakan kepimpinan kita, supaya Allah sentiasa bantu dalam menjalankan tanggungjawab mereka, disamping kita sebagai ahli/ rakyat sama2 membantu mereka. InsyaAllah. 

Kemudian malamnya pula, tibalah saat yang dinanti2kan semua, sesi makan2. Haa..menu malam tu, sambal asam+sup gearbox+ ikan bakor. Sekali lagi, thumbs up kepada Chef2 semua. Terima kasih masak bagi kami makan. :) Sambil2 tu, depa tanya2 soalan n then adalah qasidah n nasyid. Memang sejuk lah malam tu kan. Sabor je lah . Ye la, dekat dengan Laut Merah la katakan. hehe. Alhamdulillah kenyang.


(maaf la ada gambaq unggun api ja ^_^ )


Dan esoknya hari terakhir kami, hari Sabtu, kami sambung main lagi. Syabab sambung final Futsal n bola beracun. Akhawat main lagi, berita berangkai, pastu lebih kurang radio karat tapi nih style kena berlakon punya. 


(lukisan tikus tu paling comel, hehe. atenyer dah kumpulan teman punyer jadi pujilah kan. :) terbaiklah pelukis Ainun. Yang lain gambar udang dan katak. Kreatif betul kakak2 aku nih susun mainan ^_^ )

Sambung sikit lagi, makan tengahari menunya ayam masak kurma + sayur hijau. tak sempat lapar kami kat sini. Makanan jangan risaulah. Bereh blako :)

Dan akhirnya majlis penutup dan sesi bergambar. 


(majlis penutupan. macam2 hadiah ada.)


(semua pakat2 bersiap nak balik Mantiqah masing2)


Kalam akhir, saya ucapkan selamat maju jaya kepada kepimpimpinan sesi 2013/2014 yang diterajui saudara  IZZUL AKMAL BIN KASIM. Semoga dapat melaksanakan amanah yang diletakkan kepada antunna semua, dengan baik. InsyaAllah.

Kita sebagai rakyat, jangan lupa na bantu pimpinan2  kita. InsyaAllah. :)

No comments: