Friday, April 12, 2013

Beza solat agama Islam & Yahudi.


Salam Jumaat barakah. :)



saya tulis sikit apa yang saya faham dari tulisan sahabat saya. Sahabat2 boleh baca dulu ringkasan tulisan beliau tentang YAHUDI : SOLAT. 

Mohon penambahan/perkongsiaan kalau salah.

Dalam video tadi, saya nampak perempuan tu pegang syal yang dikhaskan untuk lelaki.

Antara perbezaan solat Islam dan Yahudi :

1. Islam ; solat jemaah dibuat bilamana wujud lebih dari seorang iaitu imam dan makmum. 
Yahudi : solat jemaah dilakukan bila ada 10 orang yg akil baligh sebagai ahli jemaah.

2. Islam ; solat jemaah boleh didirikan dimana2 sahaja. 

Rasulullah SAW bersabda. ( Terjemahannya ):
“Seluruh muka bumi ini adalah masjid untukku; Suci dan bersih.”

Yahudi ; solat jemaah didirikan di sebuah tempat bernama  Bayt Taurat (بيت التوراة ) .

Islam dan Yahudi mempunyai tatacara tersendiri dalam menunaikan ibadat solat . Allah memerintahkan umat Islam agar menghormati agama lain. 

Dalam Surah Al-An’aam ayat 108:

Maksudnya : “Dan janganlah kamu menghina apa yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa ilmu pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Dakwah tak pernah berhenti, bahkan kitalah generasi penyambung dalam dakwah Rasulullah ini, semoga Allah sentiasa membantu kita dalam menyebarkan agama Islam ini dan mengajak manusia kembali kepada agamaNya yakni Islam. Agama Islam ' rahmatan lil 'alamin ' . 

Jadilah penuntut ilmu kerana Allah untuk ummah kita!

semoga dengan bantuan Allah atas ilmu yg kita perolehi ini, dapat mengajak masyarakat kembali pada Islam yang sebenar, satu2nya agama yang diredhai Allah.

Akhir typing ,
Firman Allah dalam surah al-Imran ayat 64:

Maksudnya:“Katakanlah: Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatupun; dan jangan sebahagian dari kita mengambil sebahagian yang lain sebagai tuhan selain dari Allah. Kemudian jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah bahawa kami adalah orang Islam.” 

1 comment:

Atiqullah Mursyid said...

dalam video itu mungkin perempuan itu just nk tunjuk apa itu syal..kalau diikutkan dlm buku,dinyatakan larangan perempuan menyentuh syal.. terima kasih sebab kembangkan lagi tulisan ana..