Thursday, April 11, 2013

Fikir ada hadnya.

Suka nak cerita. Masa belajar dalam kelas الثقافة الاسلامية (Thaqafah Islamiah = TI) , TI nih belajar serba sedikit tentang peradaban islam, kaitan dengan peradaban2 lain,keistimewaan2 TI dan juga sumber2 TI itu sendiri. Tapi, saya bukan nak ulas pasal TI nih sebenarnya. Nak cerita apa yang Dr Zu'bi kongsi dalam kelas.


Allah menciptakan Nabi Adam, 
siapa yang menciptakan Allah?
(ini soalan tentang zat Allah)


Dr Zu'bi ada cakap, kalau satu masa kita dah sampai tahap hingga memikirkan tentang zat Allah, cepat2 istighfar100 dan buang/padam  terus soalan tu dari pemikiran kita.

Kalau kita sendiri pernah dengar, ada ja orang yang sudah belajar ilmu hebat2 tinggi2, akhirnya dia jadi gila. Salah satu sebab memikirkan tentang zat Allah itu sendiri. Akal kita terbatas, Allah dah tetapkan hadnya. Maka bila kita melangkau batasan itu, beginilah jadinya. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari bisikan syaitan dan iblis yang direjam.

Kalau ada soalan2 yang kita tak dapat nak jawab, bertanya terus pada orang yang lebih berilmu dan ahliNya. Bahkan dalam AlQuran diceritakan cara nak buat roti canai. Di mana tu?

“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43)
    

No comments: