Tuesday, April 2, 2013

Poligami dalam Islam. (1)

Ini adalah penulisan semula daripada video jawab balas Dr Zakir Naik, daripada soalan yang dikemukan non-muslim kepada beliau.

Jika lebih suka tengok video, boleh lihat di SINI. 


SOALAN

Kenapakah dalam Islam membenarkan poligami?

JAWAPAN 

Maksud poligami adalah seseorang dibenarkan untuk memiliki lebih dari seorang suami/ isteri. 

Poligami terbahagi kepada 2 bahagian :

1/ Poligini iaitu memiliki lebih dari 1 isteri.
2/ Poliandri iaitu wanita memiliki lebih dari 1 suami.

Islam tidak membenarkan semua jenis poligami , hanya membenarkan poligini yang terhad. Ia benarkan Islam untuk kahwini lebih dari 1 wanita.

Kenapa Islam membenarkan lelaki memiliki lebih dari 1 isteri?

Alquran adalah satu2nya kitab agama di atas muka bumi ini , yang mengatakan :

" berkahwinlah dengan seorang saja." (surah Nisa:3)

Tiada kitab agama lain, yang mengatakan 

"berkahwinlah dengan seorang sahaja." 

Kita baca Greeta, Ramayana , Bible tiada kitab agama di atas muka bumi ini yang mengatakan, 

"berkahwinlah dengan seorang saja", kecuali Alquran. 

Kitab Hindu : orang kudus/suci,mereka memiliki beberapa orang isteri. Ayah kepada Rama, Raja Dashrat, dia miliki lebih dari 1 isteri. Dewa Krishna, dia miliki beberapa isteri, beratus, beribu dari mereka.

Kitab Yahudi : tiada had untuk berapa ramai kamu ingin kahwin. Abraham,menurut Kitab Bible, di dalam Old Testament dia ada 3 isteri. Solomon ada 700 isteri. Dalam Kitab Yahudi, boleh kahwini seberapa ramai yang mahu.

Bila Rabbi Yahudi, Gershom ben Yehudah, pada abad ke 11, mengatakan kaum Yahudi mesti berkahwin dengan hanya seorang isteri. Tetapi kitab (Yahudi) membenarkan berkahwin seberapa ramai. Lewat 1950,dalam komuniti Separdhic, kaum Yahudi tinggal bersama umat Islam, mereka biasa berkahwin lebih dari satu. Selepas 1950, mereka berhenti kahwin melebihi satu. (Maksudnya, mereka hanya kahwin seorang wanita selepas 1950. )

Bible Kristian : boleh kahwin seberapa ramai yang kamu mahu. Beberapa abad yang lepas, pihak gereja telah menghadkan kepada seorang isteri.

Dalam laporan, Comitte of The States of The Woman of Islam, diterbitkan di India, menurut mereka, perkahwinan poligami di India , umat Hindu, menurut undang2, mereka tidak boleh kahwin lebih dari seorang isteri. Dalam kitab mereka,membenarkan berkahwin seberapa ramai yang mereka mahu. Ia undang2 India yang dikuatkuasakan pada 1954, yang mengatakan Umat Hindu tidak boleh beristeri lebih dari seorang isteri.

Kitab mereka memberi kebenaran,tiada had, ia adalah undang2 kerajaan India, di bawah Akta Perkahwinan Hindu, yang mengatakan lelaki Hindu hanya boleh kahwini seorang wanita. Dan menurut statistik Comitte of The States of The Woman of Islam,muka surat 66 & 67, tahun 1975, ia mengatakan;

-Perkahwinan poligami di India oleh penganut Hindu, adalah 5.06% antara 1951 dan 1961 . Dan umat islam mereka dibenarkan oleh undang2 India,untuk mengahwini lebih dari seorang isteri , penganut Hindu tidak dibenarkan. 

-Muslim yang kahwin lebih dari seorang isteri peratusnya 4.31. Penganut Hindu 5.06%. Menurut undang2 mereka adalah dilarang. Muslim dibenarkan tetapi hanya 4.31%.


(hanya tuhan yang tahu, jika undang2 benarkan berapa ramai penganut Hindu akan berkahwin..... (hadirin senyum2) 

Jka dianalis, tiada kitab agama atas muka bumi ini ,yang mengatakan, "berkahwinlah dengan seorang saja" , kecuali Alquran.

Menurut Alquran dalam surah An-Nisa ayat 3 :


"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja..."


Alquran telah menetapkan had, maksimum adalah 4 isteri. Sebelum Alquran diturunkan, manusia biasanya ada 10 bahkan beratus isteri, AlQuran kata maksimum 4. 

Tapi kamu hanya boleh berkahwin lebih dari 1 wanita, jika kamu boleh berlaku adil. jika tidak berkahwinlah seorang saja.

Dan menurut Alquran lagi dalam surah An Nisa ayat 129.

وَلَن تَسْتَطِيعُواْ أَن تَعْدِلُواْ بَيْنَ النِّسَاء وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُواْ كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ اللّهَ كَانَ غَفُوراً رَّحِيماً

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Contohnya seorang ibu walau dia mengatakan dia menyayangi semua anak2nya, tidak mungkin dia boleh sama ratakan. Si ibu pasti sayang seorang anaknya yang lain lebih dari yang lain, keseluruhannya dia sayang dengan adil .

Kasih sayang mustahil boleh disama ratakan, tetapi hal2 lain tentang duit,masa, kena bersikap adil dengan isteri.Cubalah sebaik mungkin adil dalam berkasih sayang.

Ada 5 kategori dalam Islam tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

1/Wajib =mesti dilakukan.
2/Sunat = digalakkan
3/Harus= pilihan
4/Makruh= tidak digalakkan   
5/Haram = dilarang.

Poligini ; lelaki berkahwin lebih dari satu adalah harus, cuma kalau tidak berlaku adil itu menjadi satu masalah.

No comments: