Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru buat semua pendidik .


Hari nih , Hari Guru. Saya yakin di semua sekolah pasti sedang meriah dengan sambutan hari guru.Sekarang nih, saya tak sempat merayakan hari guru, cuma sempat membuat ucapan hari guru. Dengan pengorbanan para pendidik yang mengajar saya , akhirnya Allah rezekikan saya menyambung pelajaran di Jordan.

Saya berpeluang merasai pengalaman sebagai seorang anak murid dan sebagai seorang guru sendiri.

Serasa saya, kehidupan sebagai pelajar di Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (ALMAAD), banyak memberi kesan dalam kehidupan saya dan membentuk diri. Bermula untuk berubah menjadi matang, memimpin individu dan banyak lagi. Mungkin kerana zaman itu saya di alam remaja, di peringkat sekolah menengah,maka saat kesedaran diri tu datang, masa ni lah. Bermula di tingkatan 2 dan berakhir di tingkatan 6. 

Rindu alam persekolahan...huhu.

Manakala pengalaman menjadi guru di sekolah rendah,merupakan antara cabaran terbesar saya sepanjang tempoh 5 tahun. Bersama pelajar2 yang lebih kurang adik kita, dengan sikap mereka, dengan kita yang kadang2 mengikut emosi dari profesional, dengan main2 mereka, dengan ketidakmatangan saya asbab baru keluar dari sekolah. 

Kesusahan hati yang saya belajar ketika mengajar itu, kini memberikan gambaran kepada saya. Tentang perasaan seorang guru, kesungguhan guru, kesabaran guru, ketekunan guru dan seumpamanya !

Ada juga cita2, lepas habis belajar nak jadi pendidik. Tapi nak sekolah menengah.. ohoi ! Mungkin kalau saya dah besar dan matang sikit, bolehla nak mengajar kat sekolah rendah tu. (fikir panjang)

Apapun, saya mendoakan agar Allah sentiasa melimpahkan para pendidik yang pernah mengajar saya khususnya dan semua pendidik yang sedang berusaha gigih memajukan anak bangsa. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada mereka dalam usaha mereka mendidik generasi demi generasi.

No comments: