Saturday, June 22, 2013

Besarnya sedekah.

Masa di sekolah menengah dulu, tiap kali ada pelajar yang datang untuk kutip sedekah, kebanyakan pelajar akan hulurkan duit walaupun tak banyak, tanpa banyak tanya. Itulah yang saya lihat di sekolah saya dulu. 

Nak katanya, sedekah ini satu jalan yang sangat mudah untuk Allah memberikan pahala dan melimpahkan rezeki kepada hambaNya.

Dalam satu ceramah di sekolah, Us berpesan pada kami, carilah satu perbuatan yang boleh membuatkan pahala kamu semua terus berjalan/sedekah jariah. Benda2 yang mudah ja, contohnya cari kalimah Allah dan Nabi Muhammad tampal dalam surau, setiap kali orang baca kamu dapat pahala. letak minyak wangi dalam surau pelajar lain boleh guna. 

Dan pelajar2 memang termotivasi untuk buat apa yang Us pesan. Wangilah surau kami dengan minyak wangi dengan bau buah2 dan macam2 lagi. sangat seronok :) Malaikat pun suka bila wangi2 nih. 

Kalau orang perempuan, ambillah peluang mudah ini untuk berwangi2an dalam solat tu, habis wangi satu rumah pun takpa, bukan kita berwangi2an diluar rumah kemudiannya menarik perhatian lelaki2.

Semalam pun, dalam 1 program di Mafraq, bila tabung bantuan digerakkan, pelajar2 terus ja bagi. Kalau nak tengok, benda nih memang mudah tapi nilai yang Allah ganjari pada pemberi2 sedekah, sangat banyak, Allah ja yang tahu. 

Betapa hebat Allah mengumpamakan perumpamaan sedekah itu dalam surah AlBaqarah ayat 261,

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."


Hadis Rasulullah yang menyebut pahala sedekah dilipatgandakan sebanyak 700kali lipat.



semoga Allah sentiasa membantu kita dalam melakukan ketaatan padaNya, 
insyaAllah amin.


2 comments:

iRul said...

Sedekah senyuman pun ok. Kalau dah tak ada harta sangat la.

Sedekah ni walaupun sepuluhsen kalau diberi kepada orang yang sangat memerlukan, memang ia sangat bermanafaat.

AthirahJinal, said...

ya betul sangat tu.

semoga Allah sentiasa membantu kita semua dalam taat padaNya.