Monday, July 1, 2013

Ahlen ya RAMADHAN.

Bismillah.




Ramadhan bakal tiba, semoga jiwa2 kita semua tak sabar menantikannya . agar jiwa kita antara yang  ternanti2 kehadiran Ramdhan yang penuh mulia ini. Boleh jawab sendiri. :)

Ramadhan kali ini, buat pertama kalinya saya akan menyambut di Jordan, bumi barakah bumi para Nabi. Sedikit sebanyak saya akui, ada ketakutan dalam jiwa, kerana ia bakal disambut dalam musim panas / soifi. Dikatakan mencecah juga hingga 40 darjah celcius.

Begitulah kawan2 yang pernah dulu merayakan Ramdhan di sini, saya kagumi mereka.

Sekarang, hanya meletakkan pergantungan kepada Allah semata2, agar saya dan sahabat2 di sini, mampu melalui Ramadhan kali ini dengan jaya, ditingkatkan iman dan takwa kepadaNya, dengan rahmat dan pertolongan dari Dia semata2.

Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.

Tapi, sepanjang nak dekat setahun saya di sini,senior2 pasti akan bagitahu, yang Ramdhan kat sini sangat meriah , sangat seronok.Nak kata, rugilah sangat sesiapa yang tak pernah merasai Ramdhan kat sini bila dah pernah singgah.

Dengan kemurahan hati orang arabnya, dengan mereka panggil berbuka di مطعم2/ restoran2 mereka. Siapa tak suka kan ? ^_^

Dalam satu ceramah di sini, penceramah menyebut antara sebab2 seseorang itu merasa berat dengan kedatangan Ramdhan kerana nafsunya. Nafsu makannya, dengan mindset , aku tak boleh makan banyak2 dah lepas nih.

11 bulan, dilatih oleh syaitan dengan masuk makanan dalam perut sentiasa, sebab itu walaupun syaitan diikat, dia tak risau, sebab dia dah latih kita 11 bulan tu. Ada juga kawan dia iaitu nafsu, tambah2 masa kita nak buka puasa tu, lagilah macam2. Nak itulah nak inilah.

Memang nak katanya, apapun kena mujahadah sungguh2, tambah lagi minta sungguh2 pertolongan dari Allah agar bantu kita dalam buat ketaatan dan menjauhi maksiat. 

Sebab apa?! Kita ni hambaNya, makhluk. Kepada siapa lagi kita nak berharap, menyerahkan diri dan minta tolong kalau bukan dari Allah, Pencipta yang mencipta kita, yang tahu lemahnya diri kita dalam hadapi hidup.

Semoga Allah sentiasa bantu kita dalam ketaatan.

Selamat meningkatkan iman dan taqwa dalam bulan Ramadhan, bulan membina iman ini, yang didalamnya ada bermacam2 rahsia. 

Semoga kita mampu mencontohi orang2 soleh sebelum kita dalam amalan dan ketaatan mereka pada Allah. InsyaAllah.

No comments: